20 June 2010

Bermimpi Bertemu Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS Dan Pemaisuri Balkis


Kisah yang suka untuk saya berkongsi di sini..

Di Mesir sekarang masih berada di dalam musim peperiksaan. Baru-baru ini, saya dikejutkan dengan seorang hamba Allah memberitahu saya.. Kisahnya bermula begini..

Hamba Allah ini mengalami pelbagai dugaan sejak kebelakangan, apatah lagi dalam menghadapi peperiksaan. Antaranya dugaan yang diterima ialah "sakit". Sehingga hilang kosentrasi untuk mengulangkaji pelajaran.

Kebetulan pada esok harinya, beliau akan menduduki peperiksaan subjek Tafsir. Sedangkan beliau masih keliru dengan soalan dan perbahasan di dalam kitab tersebut. Diizinkan Allah, pada malam tersebut selepas Solat Isya, beliau tertidur disebabkan hilang daya.

Pada jam 1 pagi, beliau terjaga dan segera mengulangkaji pelajaran, walaupun dalam keadaan kurang tenaga. Setelah beberapa jam mengulangkaji pelajaran, pada jam 3.50 pagi, beliau menggagahi juga untuk bertahajjud. Semoga dimudahkan.

Setelah bertahajjud, beliau kembali menbelek bukunya. Beliau berdoa "Ya Allah.. berilah petunjuk.." Beberapa minit selepas itu, beliau tertidur. Dengan izin Allah, beliau bermimpi, bertemu dengan Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, dan Pemaisuri Balkis.

Nabi Daud AS berkata sambil tersenyum kepadanya.. "Kita pakat-pakat ye..." Katanya pendek.

Apabila sedar daripada tidur, beliau semacam teringat dengan mimpi tadi. Kebetulan pula salah satu tajuk di dalam Kitab Tafsir tersebut mengandungi kisah Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, dan Pemaisuri Balkis di dalam Surah an Nahlu.

Pagi itu, beliau menduduki imtihan dan mendapati tajuk tersebut masuk "sebijik" sepertimana yang dihafalnya pada malam tersebut. Teringat kembali apa yang dialaminya dalam mimpi, seperti terdapat satu maksud yang tersirat.

Semoga mimpi ini boleh dijadikan iktibar, semangat dan motivasi kepada anda.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal