Saya sebuah kapal selam Scorpone yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Saya tidak keseorangan, kami adalah adik beradik kembar. Kami dibeli oleh Malaysia dengan harga RM 6.7 Billion. Setibanya di perairan Malaysia, saya tidak dapat lagi menyelam walaupun nama saya adalah kapal selam.
Kerajaan membayar sejumlah 1.341 bilion euro (kira-kira RM6.7 bilion) untuk dua kapal selam Scorpene yang pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah di Perancis kerana dipercayai mempunyai unsur rasuah.Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan jumlah itu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Batu, Tian Chua di Dewan Rakyat hari ini.Katanya lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun.Daripada jumlah itu, 114.96 juta euro dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, yang mempunyai kaitan rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - mkini
Entah, saya tertanya-tanya, kenapa saya yang sudah uzur ini diminati oleh Malaysia? Oh.. tidak. Wajah saya sudah nampak uzur, dan tenaga saya sudah berkurangan, tetapi saya menjadi tarikan Malaysia.
Sehingga kini saya tertanya-tanya.. Hari ini, saya yang sepatutnya berada di dalam air, di”parking” di atas darat. Kalaulah saya ini ikan, sudah lama saya mati. Eh, saya pun tak pasti, adakah saya sudah mati? Kenapa saya boleh bercakap?
- The End -
Di atas ini adalah kisah sebuah kapal selam yang terkenal di Malaysia. Saya cuba belajar penulisan seperti Ibnu Thufail, ahli Falsafah Islam yang telah mengarang sebuah kisah Hayy bin Yaqazan, yang sangat bermakna.
Oh ya, Ibnu Sina juga pernah mengarang “Kisah Burung” yang mengandaikan dirinya seperti seekor burung yang terlepas dari kekangan sangkar.. Sila baca kisahnya di bawah..
Seekor burung sedang berterbangan bersama burung-burung lain.. selepas ia diikat, dikurung, disekat dan sebagainya.. Lalu ia melepaskan diri daripada sangkar tersebut.. dan berterbangan dengan bebas, tinggi di angkasa... Burung ini berterbangan dengan burung-burung yang lain menuju ke satu gunung, tempat seorang raja yang mampu melepaskan segala kurungan dan ikatan..Terbang dan terbang.. melintasi 7 buah gunung, dan raja tersebut berada di gunung yang kelapan.. setibanya di sana, ia mendapati terdapat burung-burung lain yang senasib dengannya, datang mengadu kepada raja tersebut...Setelah ia memasuki istana untuk menemui raja tersebut.. tersingkaplah langsir tempat raja tersebut.. lalu bertemulah ia dengan raja tersebut dan menceritakan nasibnya.. Raja tersebut berkata.. bahawa dia telah menghantar utusan ke negerinya, untuk menghidupkan keamanan disana.. tetapi masyarakat tersebut enggan menerima keamanan yang dibawa...
ibnuirfadzil.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment