14 February 2010

Menjadi Hero Di Pentas Menghina Ulama


Isu yang semakin membarah di kalangan umat Islam pada hari ini ialah penghinaan terhadap ulama’. Baik dari kalangan ahli PKR sendiri, apatah lagi BN. Pernah disiarkan di dalam blog, lukisan yang menghina ulama kita, dan iasangat mengaibkan. Begitu juga disiarkan di dalam sebuah blog, bermacam-macam kesalahan yang dikutip semata-mata untuk menjadi hero dalam pentas menghina ulama.

1. Perlu diingat, bahawa mengumpat itu umpama memakan daging seseorang. Apatah lagi menghina dan mengecam. Perkara ini telah disebutkan di dalam al Quran, Surah al Hujurat, ayat 11.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepada-nya (Surah al Hujurat : 11)

( Ismail al Khalwati, Tafsir Ruhul Bayan, cet. Darul Ehya’ Turath al Arabi, bah. 9, ms 71, tafsir Surah al Hujurat, ayat 11 )

2. Perlu diingat juga bahawa mencaci, menghina ulama, dan sebagainya umpama memakan daging mereka. Kita telah diingatkan bahawa daging para ulama’ cukup berbisa, untuk di”makan”.

(Muhammad bin Abdul Rahman, Nasyrati Fi Fadhli Hamlatil Ilmis Syarif, cet. Pertama 1997, Darul Minhaj, Bah. 1, ms 46, Atiah bin Muhammad Salim 1420, Syarah Bulughul Maram, rakaman bersuara terbitan Islamweb.net, Bah. 123, ms 15)

Imam Ahmad berkata :

Daging para ulama beracun. Sesiapa yang menghidunya, akan mengalami sakit, dan sesiapa yang memakannya akan mati

(Muhammad bin Yusuf as Solihi asy Syami, Subulul Huda War Rashad Fi Sirati Khairil Ibad, terbitan yasoob.com bah. 10, ms 237, Thoskubri Zadah 968H, asy Syaqaiq an Ni’maniah Fi Ulama’id Daulatil Uthmaniah, cet. Darul Kitab al Arabi 1975, bah. 1, ms 39)

3. Penghinaan terhadap ulama’, adalah penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Mereka yang menghina Nabi Muhammad SAW, juga telah menghina Allah SWT. Lihatlah mulut-mulut mereka yang menghina Allah ini. Mereka juga telah menghina Islam secara jelas.

(Husamuddin ‘Afanah, Fatawa Yas’alunaka’, terbitan yasaloonaka.net, Bah 2, ms 121, berdasarkan Surah Az Zumar : 9, al Mujadalah : 11, Shahih al Bukhari Bah. 1, ms 119 pendahuluan hadis 66, dan disebut dalam Syarah Aqidah Thohawiyah ms 554)

4. Umat akhir zaman, sememangnya melakukan banyak penghinaan terhadap para ulama’. Inilah tanda akhir zaman yang dapat dilihat pada hari ini, berdasarkan Hadis Nabi SAW. Perkara ini telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Hajar al Asqolani tentang sebab hilangnya ilmu pada akhir zaman, antaranya ialah penghinaan terhadap ulama’.

( Ibnu Hajar al Asqolani Fath al Bari, Syarah Shahih al Bukhari, cet. 1379 H, Darul Makrifah, tahqiq Ahmad bin Ali al Asqolani, hadis no 3845, bah. 1, ms 194 )

5. Mereka yang menghina ulama sepatutnya dikenakan hukuman ta’zir oleh pemerintah. Tetapi, malangnya ia tidak dilaksanakan di Malaysia. Maka, masyarakat boleh sewenang-wenangnya memperlakukan sesuatu yang jahat terhadap peribadi ulama’.

( Abdul Rahman As Sa’adi 1376, Taysirul Karimir Rahmani Fi Tafsiril Kalamil Minan, cet 1 tahun 2000, Mu’assasah ar Risalah, tahqiq Abdul Rahman bin Ma’la al Luwaihiq, bah. 1, ms 671 )

6. Mereka yang menghina ulama’ layak untuk didoakan supaya ditimpa bencana, bertujuan mendiamkan penghinaan mereka tersebut. Sekiranya kita membiarkan mereka dengan fitnah mereka, akan memburukkan lagi keadaan. Maka, lebih patut untuk kita doakan agar mereka di”senyap”kan oleh Allah.

( Imam al Qurtubi 671 H, al Jami’ Li Ahkamil Quran, cet. 1964 Darul Kutub al Misriah, tahqiq Ahmad al Barduni dan Ibrahim Atfish, bah. 6, ms 1-3, tafsir Surah an Nisa’, ayat 148 )

Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil
Kuliah Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal