04 June 2010

Mahasiswa Perlu Kefahaman Dan Matlamat Jelas - Abezuh


sumber : Abezuh (link)

Krisis konflik identiti di kalangan mahasiswa Islam rupanya adalah disebabkan 2 unsur utama iaitu kefahaman yang kabur dan matlamat yang silap. Hal ini jelas sekali apabila kita menyebut mahasiswa Islam, maka boleh dikatakan hampir keseluruhan mahasiswa menyifatkan bahawa panggilan ' mahasiswa Islam' adalah untuk mahasiswa pengajian Islam.

Maka selain daripada itu, seperti medic, buuth dan sebagainya tidak dilabelkan sebagai mahasiswa Islam. Sehingga ramai di kalangan medic meminta agar ucapan yang disampaikan oleh pihak pimpinan ditukarkan kepada 'mahasiswa Mesir'.

Ini salah...dan ini konflik identiti apabila kita tidak menyedari bahawa diri kita ialah mahasiswa Islam...dan akhirnya apabila tidak ada kesedaran bahawa kita mahasiswa Islam maka segala amanah terutama yang berkaitan amal makruf nahi mungkar ditinggalkan begitu sahaja. Dengan alasan diri mereka bukan 'mahasiswa Islam'.

Mahasiswa yang belajar di bumi Mesir ini perlu sedar, jika mereka beragama Islam, menuntut ilmu kerana Allah dan untuk disebarkan kepada masyarakat, tidak kiralah ilmu agama khususnya, perubatan dan selainnya maka kamu adalah MAHASISWA ISLAM. Mahasiswa yang terpundak di bahu kamu amanah agama.

Saya kira isu mahasiswa Islam kepada mahasiswa Mesir tidak timbul sekiranya mereka faham dan ada matlamat yang jelas apabila datang belajar di Mesir. Status mahasiswa Islam lebih mengingatkan kita bahawa kita membawa amanah Islam. Maka kalau kamu datang memang bukan untuk Islam, datang untuk berjaya semata-mata kemudian balik mendapatkan gaji yang lumayan, maka kamu adalah mahasiswa Mesir bukan mahasiswa Islam.

Namun kalau kamu datang belajar untuk Islam, maka kamu adalah mahasiswa Islam, dan kamu kene bekerja untuk Islam, bukan hanya terperap dalam bilik tanpa keluar bermasyarakat di dalam membawa agenda Islam.

Benarlah kata As-syahid Hassan bahawa kefahaman adalah unsur utama yang diletakkan sebelum ikhlas. Ekoran kefahaman yang salah, ramai yang menuntut ilmu agama tersimpang dan malas bekerja untuk Islam.

Fathi Yakan juga menyebut di dalam kitabnya bahawa, pemuda Islam yang sebenar ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri di antaranya matlamat yang jelas. Mengapa mereka berdakwah? mengapa mengapa memilih Islam? mengapa mereka sanggup bekorban?

Saya kira soalan-soalan itu juga mesti diajukan kepada diri kita. Mengapa kita datang Mesir? mengapa mesngaji di Mesir dan bukan tempat lain? mengapa kita tidak merasakan kita mahasiswa Islam?

Sedar kembali, tujuan dan matlamat kita apabila Allah memilih kita untuk menuntut ilmu samada ilmu agama yang khusus atau perubatan di Mesir. Sekiranya hanya untuk memiliki ilmu teori yang best dan sijil bagi mendapatkan gaji yang lumayan, lebih baik belajar di tempat lain.. Banyak lagi universiti tempatan yang menawarkan perkara-perkara tersebut..

Justeru, 2 unsur utama iaitu kefahaman dan matlamat yang jelas merupakan titik permulaan bagi mahasiswa Islam. ingat, apa itu Islam? bukan sekadar ilmu. Akan tetapi Islam membawa kepercayaan, ilmu dan amal.

p/s : semua ilmu datangnya daripada Allah..justeru, mengapa diri tidak merasakan bahawa kita adalah mahasiswa Islam??

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal