29 June 2010

Sehari Tak Tengok Internet, Seperti Ketinggalan..


Inilah salah satu ungkapan, yang ada kalanya boleh pakai, dan adakalanya tak boleh pakai. Sebelum ini, dunia media dikuasai oleh televisyen, tetapi pada hari ini, televisyen “sepatutnya” diletak tepi, kerana media televisyen hampir semuanya tak boleh pakai.

Apa yang bagus di dalam televisyen, diselit-selit sahaja seperti janggut udang di dalam mee. Hanya sekadar selingan. Tetapi isi kandungnya, lebih banyak membawa kepada “merapu” dan tidak bermanfaat.

Hari ini, orang tengok Piala Dunia menggunakan televisyen. Tetapi anda jangan lupa, komputer dan internet lebih banyak digunakan untuk melihat perkembangan Piala Dunia. Hari ini internet sudah boleh dilayari dengan menggunakan handphone. Begitu mudah. Internet ada di mana-mana.

Televisyen pula, nak dapat siaran kengkadang je. Cuma, apa yang ingin disampaikan di sini ialah, dunia internet ini penuh dengan kebaikan dan keburukan. Apabila ia digunakan ke arah keburukan, maka penggunaan tersebut telah disalagunakan.

Internet mungkin boleh jadi racun, dan mungkin boleh jadi ubat. Maka, anda perlu menjadikannya ubat.

- ibnuirfadzil.blogspot.com

1 comments:

ooooooooo on July 1, 2010 at 8:43 PM said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal