Gambar hiasan
Artikel ini berikutan daripada beberapa kenyataan beberapa orang yang tidak asing seperti Tun Mahathir Mohamed, yang menghalalkan judi dengan beberapa perkara yang diukur dengan akal, walhal ia perlu dinilai dengan cara yang tepat di sisi syara’.
Antara kenyataan yang disiarkan di dalam berita ialah (link) :
"Pendapat kami, dengan membenarkan dan mengawal industri pertaruhan sukan, kerajaan akan menerima lebih banyak hasil sehingga berjuta ringgit, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi semasa, yang boleh disalurkan untuk membantu program kemasyarakatan dan aktiviti seluruh negara," katanya.Dalam kenyataannya itu, George juga berkata, langkah itu akan membantu memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan juga pulangan kepada kerajaan -- pada jumlah boleh mencecah "jutaan ringgit.""Apa yang kerajaan sedang lakukan ialah meneliti satu situasi ekonomi yang sekiranya tidak dieksploitasi atau dikawal, boleh menjadi medan pengubahan wang haram, pembiayaan kegiatan maksiat, pengedaran dadah dan lebih banyak jenayah berat yang lain."Mengenai bantahan daripada pihak tertentu pula, kami berpendapat bahawa bantahan itu setakat ini hanyalah bermotifkan politik dan untuk keuntungan politik sahaja."Amat penting bagi kita untuk melihat isu ini daripada perspektif ekonomi, daripada melihat daripada kaca mata politik," katanya lagi.
Di dalam artikel kali ini, saya tidak ingin untuk membincangkan tentang “halal atau tidak harta tersebut digunakan untuk negara”. Tetapi apa yang saya ingin bincangkan ialah situasi yang berkaitan dengan pemikiran politik ekonomi yang telah menghalalkan judi, mengikut perspektif siasah syar’iyyah.
Daripada berita di atas, kita dapat mengetahui bahawa duit hasil judi yang berjuta-juta ringgit itu akan menjadi keuntungan negara. Maka, mereka berpandangan ia adalah satu perkara yang bermanfaat dan sesuatu yang boleh mendatangkan kebaikan. Maka, daripada ulasan ini, dapat kita simpulkan kepada beberapa isi.
Pertama
Pemikiran Existentialisme telah mengatakan ketuanan kepada diri manusia, sehingga mereka meletakkan baik dan buruk itu berdasarkan apa yang disukai oleh diri sendiri. Apa yang dirasakan baik pada diri sendiri, maka ia dianggap baik. Sedangkan di dalam Islam meletakkan perbezaan di antara baik dan buruk berdasarkan perspektif syara’, bukan dengan ukuran otak manusia.
Maka, mereka seperti menggunakan pemikiran ini, dalam menghalalkan judi berdasarkan “kebaikan” dan manfaat yang mereka perolehi, sedangkan perkara tersebut adalah haram. Maka, mereka mengukur baik dan buruk itu berdasarkan otak manusia semata-mata, bukan lagi berdasarkan syara’
(Sumber : Falsafah Moden, Dr Ahmad Abduh Hamudah al Jamal, cetakan Universiti al Azhar)
Kedua
Kepentingan (maslahah) untuk masyarakat perlu diukur kepada beberapa perkara berikut :
1. Kepentingan itu hendaklah tidak bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah).
2. Sekiranya bercanggah, ia tidak dinamakan kepentingan, bahkan ia adalah kerosakan (mafsadah). Judi adalah satu perkara yang bercanggah dengan matlamat pensyariatan (maqasid syariah)
Maka judi diletakkan sebagai kerosakan, bukan lagi kepentingan (maslahah). Maka di sana terdapat pertimbangan di antara dua perkara, iaitu :
1. Sekiranya menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan (mafsadah).
2. Sekiranya menyekat perjudian, merupakan kepentingan (maslahah).
Maka, secara jelasnya kita perlu menyekat judi kerana ia merupakan kepentingan dan ia juga menolak kerosakan. Sekiranya kita menghalalkan judi, akan menyebabkan kerosakan, dan bertentangan dengan kepentingan manusia (maslahah). Maka, sudah pasti ia perlu ditolak serta merta, kerana jelas bertentangan dengan maqasid syariah.
Timbul persoalan, sekiranya duit tersebut digunakan untuk kebajikan dan kebaikan, bukankah ia satu kepentingan untuk rakyat? Maka, jawapannya ialah “perkara yang bercanggah dengan maqasid syariah bukanlah satu kepentingan untuk rakyat, tetapi ia adalah satu bahana yang besar”.
(As Siasah asy Syar’iyyah, Dr Yusof al Qaradhawi, cet. kedua Maktabah Wahbah, hal. 87)
Ketiga
Syariat tidak boleh diukur dengan akal manusia. Bahkan menghalalkan judi adalah satu bentuk perkara yang bercanggah dengan akal manusia sendiri. Sudah terang, judi itu akan menyebabkan harta dimakan secara haram, persengketaan, kezaliman, penipuan dan sebagainya.
Maka, akal yang tidak sihat akan mengatakan bahawa persengketaan itu adalah bagus, kezaliman itu juga satu bentuk amalan yang baik, dan sebagainya. Sudah pasti, mereka yang menghalalkan judi, juga mereka yang menghalalkan kezaliman. Agama manakah yang membenarkan kezaliman selain daripada Yahudi?
Yahudi mengamalkan konsep “matlamat menghalalkan cara”. Iaitu gunakanlah cara apa sekalipun, asalkan matlamat tersebut tercapai. Tidak kira cara yang digunakan tersebut menzalimi manusia atau tidak. Maka, menghalalkan kezaliman adalah salah satu bentuk amalan Yahudi.
Membenarkan judi seolah-olah membenarkan kezaliman berlaku. Akal yang sihat manakah akan meredhai kezaliman? Adakah kita dibenarkan melakukan kezaliman terhadap harta orang ramai, untuk mendapatkan keuntungan berjuta ringgit? Jawapannya ialah, “matlamat tidak menghalalkan cara”.
(sumber : al Yahud, Tarikhan Wa Aqidatan, Dr Kamil Sa’fan, cet. Pertama Darul I’tisom)
Keempat
Judi akan menyebabkan akidah dan pegangan manusia mudah goyah. Iaitu dengan mengamalkan konsep tilik nasib. Atau menanti nasib. Maka, perkara ini diharamkan oleh Allah SWT, kerana ia bercanggah dengan maqasid syariah (matlamat digariskan syariat), iaitu syariat digariskan untuk memelihara perkara-perkara berikut :
1. Syariat digariskan untuk menjaga akidah dan pegangan manusia. Maka, dengan berjudi boleh menyebabkan akidah dan pegangan seseorang itu goyah. Mereka tidak yakin dengan Allah SWT hasil daripada didikan tilik nasib seperti judi ini. Maka, Islam tetap melarang judi walaupun ia memberikan pulangan
2. Syariat digariskan untuk menjaga harta sesama manusia. Maka, dengan berjudi akan menyebabkan harta manusia bercampur di antara harta yang diusahakan, harta yang diambil secara zalim, harta hasil daripada perbuatan yang haram dan sebagainya. Maka, ia bercanggah dengan matlamat syariat itu diletakkan.
Kita akan dapati bahawa judi hanya mendatangkan keuntungan dalam jangkamasa yang terdekat, tetapi ia akan menyebabkan ekonomi Malaysia mengalami parah yang teruk untuk jangkamasa akan datang, akibat pengamalan judi yang telah dicetuskan tahun ini.
Kesimpulan
Maka, sekiranya menghalalkan judi dengan beralasan keuntungan yang berlipat ganda, jelas bercanggah dengan syara’. Perkara ini perlu diketahui sebelum kita membincangkan “adakah harta hasil judi itu boleh digunakan untuk kebajikan?”. Kesimpulan awal mengatakan bahawa keuntungan hasil judi adalah mafsadah (kerosakan) bukanlah satu kepentingan (maslahat).
Maka, apabila menghalalkan judi itu menyebabkan kerosakan, dan bukan satu maslahat, kenapa ia perlu diperjuangkan untuk dilaksanakan juga? Antara kerosakan yang boleh kita lihat pada hasil daripada judi berjuta-juta ringgit ini ialah :
1. Masyarakat akan lebih cenderung untuk berjudi, dan menyebabkan kerosakan yang lebih teruk dan parah. Apatah lagi ia dilakukan sendiri oleh kerajaan untuk mendapat kewangan negara, dan mereka berasa bahawa judi itu mendatangkan hasil.
2. Masyarakat akan didoktrin dengan pemikiran materialisme, hasil daripada wang yang banyak daripada hasil judi. Maka, mereka akan melihat bahawa judi adalah salah satu amalan yang baik untuk memulihkan ekonomi, apatah lagi ekonomi negara.
3. Berlakunya penafian Syariat Islam secara besar-besaran, dan dibuat secara terang-terangan. Maka, apabila maksiat yang besar dilakukan oleh kerajaan secara terbuka, masyarakat akan berasa bertambah selesa untuk melakukan maksiat secara peribadi dan individu.
WaLlahua’lam
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
terima kasih atas info berguna ini..
Senyum sokmo..=)
Post a Comment