10 June 2010

Kos Asas Sukan 1 Malaysia LE 513 086, Tak Termasuk Belanja Peserta Luar Mesir!


Di dalam ruang komen, seorang pimpinan Kelab UMNO Kaherah memberitahu..

bajet lebey kurang RM300'***.00 la..itu yang dibentang oleh penasihat 2 UMNO-Cairo masa 1st meeting aritu..x tmasuk blanja kontijen dr negara2 timur tengah yg len..spt, syria, jordan, saudi..

Erm.. Ada beberapa petikan di sini, iaitu :

1. Kos asas Sukan 1 Malaysia ialah RM 300 000 (bersamaan LE 513 086 setengah juta)

2. Setengah juta ni, tak termasuk belanja lain-lain. Atau dengan kata lain, belanja asas sahaja sudah setengah juta.

3. Kontinjen-kontinjen daripada negara timur tengah yang lain, datang hanya main sukaneka.. Datang jauh-jauh, main sukaneka je?

4. Kertas kerja kali pertama dibentang oleh Penasihat 2 Kelab UMNO, iaitu Ustaz Ahmad Kamal bin Abdullah, Pegawai Terangganu.

Kalau ikut prosedur, kertas kerja dibentangkan ketika mesyuarat kali pertama oleh pengarah program dan dia jugalah yang membuat kertas kerja tersebut. Maka, hasil jawapannya ialah, Pengarah Program ialah Pegawai Terengganu, dan dia jugalah yang membuat kertas kerja ini. Kecuali kalau prosedur ini tidak diikut.

5. Mesyuarat kali pertama dibentangkan dalam mesyuarat apa? Kenapa Penasihat Kelab UMNO pulak yang bentang? Siapa yang hadir mesyuarat? Siapa penganjur sebenarnya? Nampak macam ANJURAN KELAB UMNO KAHERAH!

Saya tak pasti pula kot-kot Ustaz Kamal adalah wakil Kementerian Belia dan Sukan, atau Pegawai JPMK. Pegawai JPMK adalah Atase, manakala pegawai anak negeri berpassport "RASMI". Berbeza di antara kedua-duanya.

Apa pandangan semua? Adakah kita sudah nampak dan kenal penganjurnya? Adakah kita sudah tahu siapakah yang mengubah kertas kerja daripada Karnival Sukan Timur Tengah? Adakah setengah juta genih itu tidak dikira membazir dengan hanya bermain sukaneka? Adakah wajar, datang jauh-jauh daripada luar negara semata-mata untuk bermain sukaneka?

Fikir-fikir sendiri

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

Unknown on June 10, 2010 at 3:02 PM said...

huhuhuhu.....upah beli kapal selam pun 500juta Rm....puak puak kecilan serpihan umno di luar negara ni nak perabis duit sikit tak pe laa...balik masia pun kena bela jugak puak puak kecilan nihh...300rubu rm jee..tak banyak laa...banyak lagi Datin rosmah shopping kat LONDON..hihi..

main sukaneka jee tak pa...tanya pak kamal tuh,,sikit kan 300ribu..

bagi kome pelajar n yg sokong pas ke apa ke mmg nampak banayk..hang pa nak tau, masa kami jadi YB dulu lagi bnyak kami balun laa...

laa ni na wak prgarm 300ribu pun kalut laa 300ribu jee..

berapa sen sangat kaminak makan...de laa sikit, muhaimin nak tak? kalau bekas pgwai Pahnag cfirm dia nak..tambah laa mantan selango hihihihi..

sian sian....

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal