10 June 2010

Agen-agen Israel Bertaubat Setelah HAMAS Membuka Ruang Serah Diri

Arkib gambar(Al-Jazeerah): Pejuang SARAYA AL-QUDS sambil memegang senjata membawa beberapa ejen Israel yang ditutup mukanya dengan kain hitam ke Pihak Keselamatan.


Mini Pavilion PMRAM

Kementerian Dalam Negeri Palestin yang ditadbir gerakan HAMAS telah mengumumkan pada hari ini bahawa sekumpulan penduduk Palestin yang menjadi ejen Israel telah menyerah diri kepada Pihak Keselamatan. Berikutan itu, pintu taubat telah dibuka pada awal bulan yang lalu.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Ihab Ghassin dalam sidang akhbar berkata, "ada sejumlah ejen yang menyerah diri secara sukarela dan menyatakan taubat". Namun, beliau tidak menyebut jumlah yang menyerah diri.

Beliau turut mengumumkan bahawa tempoh sebulan telah selesa, dan masa masih berbaki kepada mereka-mereka yang menjadi ejen Israel untuk menyerah diri dan bertaubat.

"Sesiapa yang tidak menyerah diri sehingga tempoh yang diberikan ini berakhir, sesungguhnya mereka tidak akan lagi mendapat apa-apa syafaat", ujar jurucakap itu lagi.

Jurucakap Kementerian tersebut juga turut mengeluarkan ancaman bagi meneruskan usaha menjejak ejen penjajah di Gaza. Beliau menjelaskan bahawa Pihak Keselamatan telah mengenali nama-nama mereka.

Beliau menjelaskan, pihak kementerian telah memberikan peluang kepada mereka, jika tidak tampil menyerah diri dan bertaubat, mereka akan menerima hal yang tidak dijangka, maka tampil setelah mendengar peringatan ini.

Kementerian itu menyatakan akan meneruskan operasi menumpaskan jaringan ejen-ejen dengan penjajah, malah mereka yang terjebak akan dibawa ke mahkamah dan dikenakan hukuman berdasarkan jenayah yang dilakukan. Hukuman tersebut boleh mencapai ke hukuman 'bunuh'.

Sebulan yang lalu, Kementerian Dalam Negeri membuat pengumuman membuka pintu 'taubat' selama dua bulan kepada mereka-mereka dari penduduk Gaza yang ada hubungan dengan perisik Israel. Langkah sedemikian setelah dilaksanakan hukuman 'bunuh' ke atas dua penduduk Palestin yang bekerjasama dengan perisik Israel pada bulan April yang lalu. Sumber 09/06/2010, web berita Al-Jazeerah

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal