Perang Kotor (Bahasa Sepanyol: Guerra Sucia) berlaku antara 1976 sehingga 1983 sewaktu Argentina berada di bawah pemerintahan junta ketenteraan. Perang ini adalah titik hitam dalam sejarah negara ini kerana berpuluh-puluh ribu rakyatnya diculik, diseksa dan dibunuh oleh pihak kerajaan. Mangsa peperangan ini diberi gelaran "desaparecidos" ("mereka yang lesap") kerana selepas diculik, mereka telah dilesapkan oleh pihak polis dan tentera kerajaan.
Sejarah
Presiden Jorge Rafael Videla merupakan orang utama yang melancarkan perang kotor ini. Pada mulanya, beliau memberi alasan kononnya perang ini adalah untuk membendung penularan ideologi komunisme di Amerika Selatan.
Walaupun begitu, beliau telah menggunakan perang itu sebagai taktik untuk menghapuskan kesemua pembangkangnya. Sewaktu junta ini berkuasa antara 1976 hingga 1983, adalah dianggarkan bahawa lebih 9,000 pihak pembangkang termasuk pemimpin parti pekerja, para intelek dan mereka yang menentang regim ini telah ditahan secara haram dan kemudiannya "dilesapkan".
Kumpulan hak asasi manusia di sana percaya angka sebenar adalah dua kali ganda daripada anggaran ini. Antara tempat yang terkenal sebagai pusat penyeksaan termasuklah Sekolah Mekanik Tentera Laut atau Escuela de Mechanica de la Armada (ESMA). Adalah dianggarkan dari lebih 5,000 orang yang disoalsiasat dan diseksa di sini, hanya 150 yang masih hidup.
Dua tahun selepas kejatuhan regim itu pada tahun 1985, sembilan pemimpin junta ini telah ditahan atas pelbagai jenis jenayah, termasuk penyeksaan dan pembunuhan. Bagaimanapun, lima tahun kemudian, mereka diampunkan oleh Presiden Carlos Menem. Pada tahun 1986 dan 1987, atas ancaman pegawai-pegawai tentera, Presiden Raul Alfonsin terpaksa melaksanakan undang-undang amnesti untuk melindungi mereka daripada tindakan undang-undang bagi jenayah mereka yang lalu.
Selepas Abad ke 21
Pada Jun 2005, Mahkamah Agung Argentina menarik balik undang-undang amnesti yang berkuatkuasa sewaktu era 80-an. Kumpulan hak asasi manusia menganggarkan lebih 400 akan dikenakan tindakan undang-undang yang baru bagi kekejaman mereka sewaktu perang kotor ini.
Poster oleh pertubuhan NGO Madres de la Plaza de Mayo
mengingati mangsa perang yang telah lesap
Jorge Rafael Videla (tengah)
0 comments:
Post a Comment