25 April 2010

Isu Khairi JPMK : Tolong Hormati Hak Mahasiswa


Masih lagi kedengaran suara-suara yang membantah tindakan Khairi Pegawai JPMK. Sudahlah memalukan JPMK, bahkan tidak mahu mengaku salah. Nak minta maaf? Sori la.. (kata Khairi).

"Eh, ustaz, kenapa ustaz buka aib orang? Kenapa cakap macam orang takda ilmu?"

Soalan cepuemas yang dilontarkan kepada saya. Maka saya menjawab dengan mudah,

"Eh.. si Khairi tu bukan ke ustaz jugak? Tapi macam bukan Ustaz.. Kenapa dia cakap macam orang takda ilmu? Kenapa dia tak reti jaga adab? Kenapa fitnah orang? Kenapa gatal tangan tulis dalam Facebook? Kenapa taknak minta maaf kalau dah buat salah?

Di sini, satu lagi catatan oleh Ustaz Fairus (bekas Tanta) di dalam blog beliau (sila klik)

Antara kesalahan yang tidak patut terjadi :

1) Tiada makluman kepada pengerusi Tanta akan kehadiran pihak safaroh ke Tanta, menyebabkan pihak amnu daulah marah. Mengikut prosedurnya, jika pihak safaroh ingin datang ke Tanta, Amnu daulah di Tanta telah mengeluarkan arahan kepada Pengerusi Tanta sebagai 'Mandub' iaitu (wakil PMRAM yang berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie) untuk memaklumkan kepadanya (amnu daulah) akan kehadiran mereka di Tanta. Tetapi perkara ini tidak terjadi, malah pengerusi dituduh menggunakan nama safaroh dalam kes ini.

2) Pihak safaroh (yang terlibat) telahpun 'mendakwa' kepada amnu daulah bahawasanya mandub di tanta itu dibawah mereka juga(kononnya dibawah safaroh, jadi xperlu nak bagitahu mandub). Errr, sejak bila DPMT n PMRAM bawah safaroh ye? Sejak bile plak daftar bawah safaroh, bape no pendaftarannya? Nak bagitahu kat sini PMRAM berdaftar dibawah Syuun Ijtimaie Mesir. No pendaftaran 803

3) Pihak amnu daulah pening sebab sebelum ini mandub (pengerusi tanta) bertindak dibawah Jamiyyah (PMRAM yang bertindak dipusatnya kaherah) yang telah didaftarkan dibawah syuun ijtimaie,tapi sekarang dikatakan pula dari puan salwa(salah seorangpegawai JPMK) pengerusi tersebut dibawah mereka, ai tak ke pening tu? Timbul kemarahan dari pihak amnu daulah. (hm,kalau aku pon marah, ko tipu aku ke sebelum ni, hish xbleh jadi nih!!).

Fitnah sebegini tidak patut berlaku. Pegawai safaroh semestinya perlu bertindak lebih efisyen dan matang dalam setiap tindakan. Dalam kes ini kita terikat dengan prsedur polis (amnu daulah) di Tanta, dan tidak timbul soal Pengerusi membuat kerja-kerja polis sebagaimana yang didalihkan oleh KJ dalam facebooknya tempoh hari. Terikat undang-undang bukan membuat kerja2 polis!

Saya malu dan rasa kecewa dengan kes-kes yang camni. Nak diikutkan kes ini hanya perlu penjelasan semula sahaja, dan dahpun diperjelaskan semula kepada amnu daulah akan hal berkenaan, tetapi pihak yang 'berkenaan' tidak merasa bersalah akan dakwaan mereka dan menyebar fitnah pula kepada orang lain, yang ni aku tak puas ati!

Semoga perangai buruk ini diubah sebelum anda dimalukan lebih teruk oleh Allah SWT sendiri. Mahasiswa punya hak, dan suara. Jangan dok gatal tuduh itu ini. Semua orang tahu fitnah itu apa. Teruskan dengan usaha kotor ini kalau nak rasa penangannya daripada Allah SWT sendiri. Siapa tak marah kalau diperlakukan sebegini?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal