24 April 2010

Sejarah ARMA Yang Dibutakan Oleh En Zul Pegawai JPMK

Pening dan terus pening. Apabila mahasiswa dianggap seperti gula-gula yang nampak sedap, tapi hakikatnya menyakitkan gigi. Tujuan penulisan artikel kali ini ialah untuk menjawab beberapa ayat busuk yang dikeluarkan oleh En Zul pada 22 April lalu.

"En Zul buta atau lupa sejarah", inilah konklusi yang dapat saya simpulkan di sini. Alhamdulillah, pada permulaan tugasannya di bumi Para Nabi ini. Terlalu awal baginya untuk "menghina" itu dan ini, kerana pengalamannya bersama mahasiswa di sini masih di tahap jagung separuh masak.

Apabila beliau mengutarakan isu PMRAM diharamkan daripada memasuki ARMA disebabkan tidak berdaftar, maka inilah penjelasan bagi mereka yang tidak tahu, atau buta sejarah. Sejarah yang paling jelas dan fakta yang tidak boleh dinafikan, kecuali golongan-golongan pengkelentong.

Secara ringkas, dua fakta yang tidak boleh dinafikan :

- 1956 Oktober : Mendaftarkan seramai 65 orang pemuda Melayu menjadi askar sukarelawan manakala yang lain menderma darah dan mahasiswi menjahit pakaian tentera untuk membantu tentera Mesir menentang pencerobohan tiga serangkai Inggeris-Perancis-Israel

- 1959 Urusan penyerahan tanah seluas 2,212 meter persegi oleh kerajaan Mesir di buat dengan rasminya atas nama PMM selesai tetapi untuk menjaga keselamatan masa depan, maka pertengahan 1960 nama pemilik tanah tersebut ditukar kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Ya, PMRAM telah dihadiahkan tanah ARMA oleh kerajaan Mesir atas sumbangan tenaga ahli PMRAM berjuang membantu Mesir dalam Perang Tiga Segi. Malaysia ketika ini baru sahaja merdeka, dan JPMK masih belum wujud di bumi Mesir. (JPMK dilahir pada 1980, ketika ini PMRAM sudah berusia 50 tahun)

Setelah itu, pembinaan ARMA telah diserahkan kepada kerajaan Malaysia dengan beberapa perjanjian, dan segalanya telah disebut di dalam gambarajah di bawah sekali. Cuma, pada 1994, muncul satu alasan untuk membaik pulih ARMA, dan Pejabat PMRAM yang terletak di Perpustakaan ARMA diminta keluar sementara.

Namun, apa yang terjadi, bermula detik inilah PMRAM terus diharamkan daripada memasuki kembali Pejabat tersebut, dan pada 22 April 2010, En Zul Pegawai JPMK mengatakan "haram" kepada PMRAM untuk memasuki ARMA!

Apakah dosa PMRAM sehingga dihalang daripada memasuki ARMA? PMRAM buat program maksiat? PMRAM kutuk kerajaan? PMRAM tak berdaftar? Ya, persoalan ketiga ini mungkin alasannya. Adakah PMRAM wajib berdaftar dengan JPMK? Kenapa? Apa salahnya tidak berdaftar?

Pertubuhan haram? PMRAM telah disahkan penubuhannya oleh Kerajaan Mesir! Dengan bernombor 803, PMRAM berdaftar sebagai NGO rasmi. Bahkan Kerajaan Mesir menjamin keselamatan Melayu di Mesir susulan daripada penubuhan PMRAM.

Beberapa helaian yang perlu diperhatikan :






Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

2 comments:

zul on April 25, 2010 at 1:38 PM said...

Assalamualaikum

Terima kasih atas maklumat di atas. Saya sesekali tidak pernah menafikan sejarah di atas. Cuma saya amat berharap supaya saudara dapat memperjelaskan lagi berkaitan:

1. Vienna Convention on Diplomatic Relations 1961.
2. Sejaran PMM 1930 dan keanggotaannya.
3. Sejarah awal penggunaan perkataan PMRAM.
4. Peranan Duta di sesebuah negara.
5. Peranan rakyat Malaysia kepaada Duta.
6. Sejarah Pengharaman PMRAM pada tahun 1975-1979.

Saya amat menghargai di atas segala kerjasama yang saudara berikan dalam memutihkan isu ini.

Jika tiada penyelesaian saya mencadangkan supaya saudara membawa kes ini ke MAHKAMAH.

Terima kasih

Ibnu Ir Fadzil on April 25, 2010 at 9:49 PM said...

Persoalan, "kenapa haramkan PMRAM masuk?" Soalan mudah, dan tak perlu putar belit.

Terima kasih kerana sudi memberi komentar dalam blog yang tak seberapa ini.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal