22 April (Khamis malam Jumaat), satu pertemuan telah diadakan dengan penghuni ARMA untuk menyampaikan "etika" baru ARMA 2010, yang disampaikan oleh En Zul Pegawai JPMK. Dengan tanpa segan silu, beliau dengan jelas mengatakan bahawa "Persatuan yang diharamkan untuk masuk ke dalam ARMA ialah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Keluarga Pelajar-pelajar Kelantan Mesir (KPKM)".. (Atau ayat yang sama maksud dengannya).
Ya, PMRAM telah diharamkan untuk menjejakkan kaki di ARMA sedangkan PMRAM yang memperjuangkan untuk mendapatkan tanah ARMA tersebut. Inilah satu penafian hak yang paling jelas yang telah dilakukan oleh JPMK.
Dahulunya, Pejabat PMRAM terletak di Anjung ARMA yang dijadikan perpustakaan pada hari ini. Setelah dibuat pengubahsuaian, PMRAM diminta keluar dari ARMA dengan notis yang ditampal di pintu pejabat tersebut. Kisah ini telah diceritakan dengan jelas di dalam link ini (sila klik) (sila klik).
Apakah sebabnya? En Zul menyambung kata-katanya ".. Kerana tidak berdaftar dengan JPMK". Isu pendaftaran dibangkitkan semula. PMRAM telah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir sebagai NGO sejak 1950an lagi. Malaysia masih belum "dimerdekakan" lagi ketika itu. Tiba-tiba JPMK datang, memaksa PMRAM berdaftar pula.
Tidak berdaftar dengan JPMK bukan bermakna pertubuhan tersebut haram. Ini kerana PMRAM berdaftar di bawah kementerian tersebut. Malangnya perkara ini dimomokkan di Malaysia bahawa PMRAM adalah pertubuhan haram. Pernahkah anda temui PMRAM di Malaysia? Tidak. Ini kerana PMRAM hanya di Mesir sahaja. Maka, apa dalih untuk mengatakannya sebagai "pertubuhan haram" oleh Malaysia?
En Zul yang baru sahaja berkhidmat di Mesir setahun, sudah begitu "hebat" menyatakan itu dan ini. Apa yang dilakukannya ini, sama sahaja dengan beberapa orang pegawai JPMK sebelum ini. Ya, setelah En Zul ditukarkan dengan orang lain, pegawai baru tersebut juga akan mengulangi perbuatan yang sama.
Semoga "pengharaman" terhadap ARMA ini akan menjadi hujah dan bukti yang jelas penafian hak mahasiswa yang telah diperjuangkan oleh PMRAM. Sehingga hari ini, setelah pejabat PMRAM dipalang pada tarikh tersebut, PMRAM terpaksa menyewa rumah untuk dijadikan pejabat.
Pejabat yang ada sekarang, disewa dengan LE 1800. Terlalu mahal untuk dinisbahkan kepada mahasiswa. Apabila ditanya, seorang pegawai JPMK menyewa rumahnya sebanyak USD 3000. Perkara ini saya ketahui daripada En Puat, "mantan" pegawai JPMK. Kalau bukan USD 3000 pun, lebih kurang angka itu.
Bayangkan, sebuah rumah Pegawai JPMK USD 3000 dan pejabat PMRAM yang dibiayai oleh ahli-ahli PMRAM sebanyak LE 1800. Kami merasa pening untuk memikirkan tentang sewa ini. Tetapi sewa rumah seorang pegawai begitu tinggi dihabiskan begitu sahaja..
Ingat, sekiranya engkau tidak mahu mengembalikan hak itu, sudah pasti Allah sendiri akan mengembalikannya! Mari kita lihat, perancangan Allah lebih hebat dari perancangan jahat kamu.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment