19 April 2010

Apa Nak Jadi? Senarai Pesta Seks Di Malaysia 2008/2009


1. Sinar Harian, 22 Disember 2009

Sebuah pangsapuri di pusat peranginan terkenal di Bentong, Pahang. Seramai 10 orang membabitkan sembilan lelaki dan seorang perempuan berjaya ditahan. Tiga daripada mereka yang ditahan adalah pelajar kolej di ibu negara dan tiga lagi kakitangan kerajaan.

Semua yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 25 tahun dan ketika serbuan, kebanyakan mereka dalam keadaan khayal.

Sementara itu, dalam serbuan kedua pada jam 3.45 pagi di tingkat 22 Blok B pangsapuri sama, seramai 19 orang berjaya ditahan.

Rosli berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 13 lelaki dan enam perempuan, termasuk seorang perempuan Cina. Kesemua mereka berumur dalam lingkungan 16 hingga 27 tahun.

Menurutnya, hasil saringan air kencing, seramai lapan lelaki dan dua perempuan didapati positif dadah jenis ketamine.

2. Berita Harian, 20 November 2009

Polis menahan enam pelajar perempuan sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur bersama pasangan masing-masing, termasuk dua kakitangan kerajaan di sebuah pangsapuri di pusat peranginan dekat Bentong, Ahad.

Difahamkan, kumpulan itu menjadikan pangsapuri itu sebagai lokasi mereka di beberapa negeri untuk menganjurkan pesta seks sejak setahun lalu.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, enam remaja wanita berusia 19 tahun serta pasangan masing-masing berusia antara 20 hingga 22 tahun ditahan ketika sedang menaiki tangga menuju ke pangsapuri yang disewa.

3. Harian Metro, 23 September 2009

Mengaibkan apabila tiga wanita Melayu tergamak mencemarkan 1 Syawal dengan mengadakan kenduri seks bersama 19 lelaki warga Bangladesh di sebuah rumah kongsi di Felda Krau, dekat sini, Ahad lalu.

Malah, ketiga-tiganya yang sedang ‘beraksi’ tidak sedar diintip dan dikepung apabila diserbu sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Raub (IPD), kira-kira 2.30 pagi.

4. Berita Harian, 1 Januari 2009

Seorang pelakon wanita dan seorang penyampai berita wanita sebuah stesen televisyen swasta, ditahan bersama 24 orang dalam pesta seks dan dadah yang diadakan sempena sambutan tahun baru di sebuah hotel di Jalan P Ramlee di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan jam 3 pagi di sebuah bilik yang ditempah khas di tingkat 11 hotel berkenaan, polis turut menemui sejumlah dadah pelbagai jenis seperti kokain, syabu, ketamin dan pil ecstacy serta puluhan tin minuman keras dan kondom yang belum digunakan.

5. Harian Metro, 14 Julai 2008

Jawapan sinis mencari ‘syurga dunia’ diberikan sekumpulan 16 remaja belasan tahun yang diberkas selepas menyertai ‘pesta seks’ sepanjang malam hingga pagi beramai-ramai dalam sebuah pangsapuri di Kajang Utama, Sabtu.

Lebih mengejutkan apabila serbuan di kediaman itu mendapati sepasang remaja sedang leka melakukan adegan **** dalam tandas, manakala satu pasangan lagi berasmara dalam bilik secara bergilir-gilir.

p/s : Nak tengok 2010 punya pendedahan? Tunggu akhir tahun nanti. Oh Malaysia ku..

sumber : unikversiti.blogspot.com.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal