17 April 2010

Gambar : Letupan Meteor Di Amerika

RAKAMAN menerusi kamera web cam menunjukkan letupan meteor di ruang angkasa Madison, Amerika Syarikat pada malam Rabu lalu.

Pada malam rabu (14 April) terpancar satu sinaran yang dipercayai letupan akibat Meteor yang "mendarat" di Madison. Ia telah menerangkan ruang angkasa Wisconsin, Iowa, Illinois dan Missouri, Amerika Syarikat (AS) sekali gus menghasilkan satu bunyi letupan sonik yang menggegarkan rumah-rumah serta boleh didengari ratusan kilometer jauhnya.

Bebola api gergasi itu juga telah menukar suasana gelap menjadi hijau. Ia boleh dilihat dalam tempoh 15 minit, kira-kira pada pukul 10 malam pada waktu tempatan.

Beberapa imej yang dramatik berkaitan insiden itu dirakamkan secara tidak sengaja oleh kamera video polis di Iowa. Imej tersebut sempat saya dapatkan, dan ia boleh dilihat di bawah.

Seorang ahli astronomi, Mark Hammergren berpendapat meteor itu amat besar. Katanya :

"Jika ia cukup untuk menerangkan ruang udara seperti waktu siang dan menghasilkan bunyi letupan sonik, ia pasti bersaiz besar. Kalau berlaku pada waktu siang, orang ramai pasti boleh melihat kesan asap di udara,"

Alhamdulillah, Setakat ini, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Sila dapatkan link di sini dan di sini. Untuk melihat rakaman animasi , sila klik di sini.

Untuk melihat gambarannya, sila lihat di bawah



0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal