21 April 2010

Digantung Kerja Kerana Membaca Sambil Memandu Bas


GAMBAR menunjukkan seorang pemandu membaca buku sambil memandu bas di Birmingham pada Isnin lalu.

BIRMINGHAM - Seorang pemandu bas di Britain digantung kerja selepas perbuatannya membaca novel sembil memandu dirakamkan oleh seorang penumpang, lapor sebuah akhbar semalam.

Penumpang itu kemudiannya menghantar rakaman tersebut ke laman perkongsian video YouTube di Internet.

Gelagat pemandu cuai itu dirakamkan pada Isnin lepas semasa dia memandu bas bernombor 61 keluar dari pusat bandar Birmingham.

"Pemandu bas itu berada dalam dunianya sendiri. Dia mengawal stering dengan sikunya dan silih berganti memandang jalan dan buku. Dia boleh menyebabkan kemalangan," kata penumpang itu.

"Dia bukan memandu di jalan kampung tetapi di jalan besar yang sibuk di pusat bandar," tambahnya.

Mengulas mengenai perkara itu, seorang jurucakap syarikat bas berkenaan berkata, pemandu yang tidak didedahkan identitinya itu digantung tugas dan mungkin dibuang kerja.

- Agensi

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal