27 April 2010

Pertemuan Di Antara Pengerusi Tanta Dan Amid Kuliah


Semalam, satu pertemuan diadakan di antara Pengerusi Dewan Perwakilan Tanta, wakil pimpinan Indonesia, dan Amid Kuliah di Universiti al Azhar, cawangan Tanta. Perkembangan berita tentang pertemuan tersebut akan disampaikan secara rasmi oleh Pengerusi sendiri pada hari ini, Jam 7 malam nanti di Bait Izzah.

Masalah yang paling hangat, iaitu berkenaan pemindahan ke Kaherah. Apa kata Amid kuliah apabila ditanya?

"Ya, memang semua akan dipindahkan ke Kaherah"

Katanya ringkas, tanpa mengulas lebih panjang.

Saya baru sahaja menghubungi Pengerusi Tanta untuk mengetahui hal ini. Insya Allah, pada malam ini beliau akan menceritakan segala-galanya yang berkaitan dengan kuliah. Eh, saya nak tanya satu soalan boleh tak?

ISMA Tanta pergi mana? Adakah diorang tahu tentang isu ini? Atau masih nyuruk dalam kelambu ber"usrah" dengan selesa..?

Ini hak mahasiswa. Saya masih belum nampak apa-apa bentuk kebersamaan ISMA dalam isu ini. Mungkin saya yang tidak tahu.. Takpelah.. Tapi kalau bersatu pun.. bila ada masalah baru terhegeh-hegeh nak bersama. Kalau tengah dalam keadaan selesa, begitu syok cipta "cicak-cicak perpecahan".

Lihat apa kata Pengerusi Tanta

Tanta, 26 April - Akhir-akhir ini, kita dikejutkan dengan isu perpindahan keseluruhan mahasiswa pengajian Islam peringkat muhafazah (cawangan) ke Kaherah. Perkara ini menjadi bualan hangat bagi seluruh mahasiswa pada ketika ini. Namun sehingga kini, keputusan yang muktamad secara hitam putih daripada pihak kuliah masih lagi belum diketahui. Perkara ini dijelaskan oleh Pengerusi DPM Tanta, Dzulhilmi bin Roslan hasil pertemuannya bersama Mudir Am Kuliah baru-baru ini.

Dalam pertemuan tersebut, pihak mudir memaklumkan kepada Pengerusi bahawa semua mahasiswa pengajian Islam di Tanta akan dipindahkan ke Kuliah Ulum Islamiah di Kaherah. Namun, keputusan perpindahan ini masih boleh diubah selagimana pekeliling secara hitam putih tidak dikeluarkan oleh pihak kuliah.

Dalam hal ini, Pengerusi meminta kepada semua warga Tanta khususnya daripada pengajian Islam agar melahirkan rasa sensitiviti daripada semua pihak memandangkan isu ini adalah isu bersama. Menurut Pengerusi DPM Tanta juga, terdapat pelbagai kemungkinan yang akan berlaku jika kesemua mahasiswa peringkat cawangan dipindahkan ke Kaherah. Hal ini berdasar sumber-sumber maklumat yang diperolehi daripada peringkat cawangan-cawangan yang lain seperti Mansurah.

Kenyataan Pengerusi DPM Mansurah melalui laman blognya menyebutkan bahawa berdasarkan penelitian dan kajiannya berkenaan kuliah yang akan menempatkan seluruh mahasiswa/wi wafidin di Kaherah, beliau mendapati bahawa kuliah yang bernama Kuliah Ulum Islamiyah merupakan kuliah yang dikatakan bakal menjadi pusat pengajian bagi semua pelajar wafidin. Namun apa yang kami perbincangkan sebelum ini adalah kuliah tersebut amat-amat memberi masalah kepada para pelajar. Perkara ini dilihat dari segi kos yuran yang telah dikenakan iaitu USD 1000 setahun, terikat dengan aktiviti-aktiviti universiti, tiada dalam senarai pengiktarafan Lembaga Akreditasi Negara, percampuran antara siswa dan siswi dan lain-lain lagi.

Hari ini (26 April 2009) Pengerusi DPM Tanta dan wakil-wakil ketua daripada seluruh wafidin Asia Tenggara di Tanta akan bertemu dengan Amid Kuliah bagi membincangkan masalah ini. Dalam perkara ini, Pengerusi menyeru kepada semua mahasiswa Tanta agar sentiasa bersiap sedia sekiranya diminta untuk berkumpul untuk membincangkan isu ini dan mengambil apa jua tindakan yang wajar dilakukan.

Di samping itu, Pengerusi DPM Tanta meminta kepada semua mahasiswa agar terus berdoa kepada Allah S.W.T agar usaha perpindahan tersebut tidak diteruskan dan kita semua dapat menuntut di bumi bertuah ini hingga ke akhir pengajian.

Pengerusi DPM Tanta amat berharap agar semua warga Tanta mengikuti perkembangan isu berdasarkan makluman yang akan diberikan dari semasa ke semasa.

Baca dengan teliti. Teruskan perjuangan ini. Muhafazah akan dihapuskan, sedangkan ISMA masih diulit mimpi. Kalau tolong kejutkan, nanti marah pulak.. Maklumat seperti berikut :

Tanta, 26 April - Satu perjumpaan tergempar telah diatur oleh pihak DPMT bagi membincangkan permasalahan semasa dalam masa terdekat khususnya isu yang melibatkan kebajikan seluruh pelajar Malaysia di sini.

Perjumpaan ini bertujuan meninjau suara warga Tanta terhadap isu perpindahan pelajar Wafidin ke Kaherah.

Sehubungan dengan itu, pimpinan DPMT berharap agar seluruh ahli dapat menghadiri perjumpaan berkenaan berdasarkan butiran berikut:

Tarikh: 27 April 2010
Hari: Selasa
Masa: 7:00 malam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal