24 April 2010

51 % Sanggup Berlapar Seminggu Untuk Piala Dunia


Kajian sebuah syarikat mendapati peminat bola sepak sanggup berlapar atau meninggalkan pekerjaan mereka selama seminggu semata-mata untuk menyaksikan negara mereka memenangi Piala Dunia.

Seramai 51 peratus responden dalam tinjauan itu menyatakan mereka sanggup berlapar selama seminggu jika pengorbanan tersebut boleh membawa kepada kemenangan pasukan negara mereka.

Lebih 40 peratus responden pula menawarkan untuk tidak keluar menemui pasangan kekasih selama setahun dan tujuh peratus lagi sanggup berhenti kerja.

Menurut kajian itu, majoriti responden dari England sanggup tidak makan selama seminggu untuk menyaksikan kemenangan pasukan mereka.

Peminat dari Itali pula sanggup berhenti kerja manakala peminat dari Korea Selatan rela mengorbankan percintaan. ~~sinar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal