Oleh : Pengerusi DPM Mansurah (link)
Alhamdulillah malam tadi (26hb Apr 2010) sekitar jam 9 malam perjumpaan bersama wakil-wakil wafidin yang berada di Mansurah telah diadakan. Sebanyak 8 buah negara telah sama-sama turun bagi membincangkan perkara ini dan kesemuanya telah membantah sekeras-kerasnya tentang cadangan pemusatan kami ke kaherah.
Timbul percanggahan berkenaan dengan qarar perpindahan ini, ada yang mengatakan ia adalah bagi mahasiswa/wi wafidin yang tidak bertutur dalam bahasa arab dan ada yang mengatakan qarar ini adalah bersifat umum untuk semua mahasiswa/wi wafidin. Apa pun secara kesimpulannya kesemua mereka yang bergelar wafidin harus bersedia dengan kemungkinan-kemnungkinan yang ada.
Satu lajnah telah dibentuk pada perjumpaan tersebut, beberapa keputusan akan diputuskan secara bersama di bawah lajnah ini. InsyaAllah hari ini (27 Apr 2010) perjumpaan bersama amid kuliah banat sahaja akan berlangsung. Amid kuliah lughah dan usuluddin (banin) akan menyusul pada keesokan hari (rabu), insyaAllah. Kita akan menyatakan bantahan, pandangan daripada amid sendiri berkenaan perkara ini dan mengemukakan beberapa persoalan yang masih belum terjawab pada muktamar lepas.
Dalam perbincangan malam tadi, rakan kita daripada Juzu' Qamar Ustaz Abduh menegaskan supaya seluruh muhafazah yang lain perlu menyuarakan bantahan ini sama seperti bantahan yang telah disepakati dalam perjumpaan di Mansurah ini. Sekiranya hanya satu muhafazah sahaja tidak bersetuju sebagai contoh, akan mendatangkan masalah diperingkat jamiah untuk menentukan keputusan.
Satu cadangan juga secara bersama disepakati iaitu, setiap negara perlu menghantar surat bantahan yang akan diserahkan kepada Amid, Rais Jamiah, Rais Wizara' dan Sheikhul Azhar. Ini adalah cadangan, dan diperingkat Mansurah akan menyerahkan kepada Pusat untuk cadangan ini.
Perjumpaan pertama ini telah berakhir sekitar jam 11:30 malam. Sekiranya tidak ada aral melintang, perjumpaan seperti ini akan diadakan lagi dari semasa ke semasa.
p/s : Tahniah kepada PMRAM Cawangan Mansurah..
0 comments:
Post a Comment