Kenyataan rasmi di dalam web al Azhar (klik)
Akhbar al Ahram bertarikh 20 November 2009 (klik)
WAAG menggariskannya sebagai salah satu keputusan rasmi (klik)
Pembinaan Kuliah Ulum ini sudah lama tersiar di dada-dada akhbar. Kejutan buat anda, apabila Akhbar al Ahram sudah menyatakannya pada tarikh 22 OKTOBER 2009 lagi. Bahkan ia telah diulas pula di dalam akhbar yang sama sebulan selepas itu, iaitu pada 20 NOVEMBER 2009.
Ketika pendedahan peringkat pertama, iaitu bertarikh 22 Oktober, bahawa Majlis Universiti al Azhar dan Majlis Atasan universiti tersebut telah pun bersepakat untuk melaksanakan program ini.
Apa yang terjadi di Mansurah, mas'ul yang terlibat dalam pelaksanaan ini ialah WAAG atau singkatan kepada The World Association Of al Azhar Graduates yang boleh dikenali melalui laman webnya yang rasmi, sepertimana yang tertera di atas
Persoalan yang sering timbul ialah, kenapa JPMK hanya berdiam diri dalam masalah ini? Seolah-olah JPMK hanya membiarkan ia bergerak dan berjalan lancar. JPMK sengaja tidak mahu bersuara dalam isu ini, atau merekalah yang terlibat dalam perancangan ini?
p/s : Tajuk asal dan beberapa isi telah ditukar disebabkan tersilap faham dengan maksud sebenar penulis. Terima kasih kepada sahabat yang menegur
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
4 comments:
Ya....sy menyokong kenyataan us di perenggan terakhir,,
Salam.
Boleh jadi JPMK senyap saja sebab mereka pun baru tahu hal ini. Dan boleh jadi juga, mereka dah tahu yang kalau mereka bersuara, mereka pun tak akan dapat buat apa-apa. Sebab apa yang mereka boleh buat? Sebab Qarar ini daripada Al-Azhar. Mereka tak akan mampu mengubahnya. Serupa juga macam kita.
Janganlah nak tuduh Safarah tak tentu fasal dalam isu ini. Memang, mereka dah banyak buat salah dengan kita sebelum ini. Tapi dalam isu ini sikit bukti pun tak ada. Kebisuan mereka itu bukanlah sebuah bukti, kan?
Kita ni kan orang yang mengaji agama. Seseorang itu tak akan disahkan bersalah, selagi belum ada bukti. Jangan main tuduh saja. Silap-silap sebab kita main tuduh, kita tertuduh sekali para masyaikh Al-Azhar yang dah lama memikirkan kebaikan untuk kita sehingga mereka terfikir untuk buat Qarar ini.
Lagipun, kalau perpindahan ini betul-betul berlaku, banyak juga kebaikannya, seperti dapat lebih rapat dengan para masyaikh dan macam-macam lagi.
Berhati-hatilah di dalam menyatakan opinion. Lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang melibatkan nama para masyaikh Al-Azhar.
Batang tubuh para Ulama ni beracun, bai!
Salam
Saya tak tuduh.. Itu sekadar persoalan. Harap faham. Positive thinking.
Sepatutnya saya yang cakap pada saudara supaya positive thinking sebab selepas saya memerhatikan satu persatu entri-entri di sini, saya dapati semuanya, ataupun kebanyakannya, adalah timbul daripada syak wasangka -yang quite deep- dan rasa benci, yang akhirnya entri-entri itu pada satu tahap membuatkan para pembacanya perasan bahawa penulis kepada tulisan-tulisan itu rupa-rupanya telah dibutakan oleh the hatred yang dalam lama terbuku dalam jiwanya itu.
Begitulah demikian adanya!
Lawak pula bila baca so-called nasihat saudara pada saya itu. Jap nak gelak jap! ....... Dah, dah sudah!
P/S : Perenggan terakhir adalah sesuatu yang bersifat "No Offence". Harap maklum!
Post a Comment