30 April 2010

Adakah Surat Ini Menampakkan Hubungan Dato Zainal Dan Kuliah Ulum?

sila klik untuk besarkan


Adakah surat ini dapat membuktikan penglibatan Dato Zainal (bekas Duta) dalam perancangan untuk memindahkan semua wafidin berpusat di Kaherah? Sebelum ini (link) saya telah mengemukakan klu yang mengatakan bahawa beliau terlibat secara lansung dengan The World Associaton Of Al Azhar Graduates yang menganjurkan Muktamar Wafidin di Mansurah tempoh hari.

Cuma, saya masih bertanya lagi, adakah surat ini menunjukkan bahawa Dato Zainal terlibat dalam perancangan ini? Atau ini sekadar surat biasa dari seorang Duta (ketika itu)? Persoalan demi persoalan terus menerjah benak pemikiran ini.

Kandungan surat ini seperti berikut :

Dengan hormat sukacita disahkan bahawa anda telah diterima belajar di Tahun Pertama Fakulti Ulum Islamiah, Universiti al Azhar Mesir sesi pengajian 2008/2009 peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ulum Islamiah. Untuk makluman, Universiti al Azhar telah menubuhkan sebuah Fakulti Ulum Islamiah bagi tujuan untuk melahirkan para ulama ululalbab bertaraf antarabangsa dan menawarkan tempat kepada Pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang dalam pengajian akademik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran agama dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Tempoh pengajian selama 5 tahun. Tahun pertama ditumpukan kepada pengukuhan penguasaan Bahasa Arab. Manakala bayaran yuran pengajian sebanyak USD 1000 setahun bagi setiap pelajar. Bagi tempoh 5 tahun, yuran pengajian adalah USD 1000 X 5 iaitu USD 5000 bagi setiap pelajar.

Sekian, dengan iringan doa semoga generasi pertama pelajar Malaysia yang mengikuti program ini merupakan golongan perintis yang bakal muncul sebagai mahasiswa cemerlang yang bersesuaian dengan hasrat murni Negara bagi melahirkan ilmuan bertaraf ululalbab, pakar ulama dan pakar rujuk yang professional bertaraf antarabangsa, mujaddid dan mempunyai pemikiran progresif, tolerens, dan moderat yang menjadi tunggak manhaj pengajian di Universiti al Azhar.

Inilah skrip yang disalin daripada surat tersebut.. Persoalan demi persoalan. Beberapa ayat yang diboldkan, telah menyebabkan saya tertanya-tanya. Surat ini telah diedarkan kepada kebanyakan BKAN untuk menghantar wakil masing-masing ke program ini, kerana ura-ura mendapati keperluan untuk menubuhkannya memerlukan sebanyak 100 pelajar, dan bilangan yang menyertai pada permulaannya belum mencukupi.

Lalu, Dato Zainal meminta kepada BKAN untuk menghantar wakil sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk memasukinya. Tapi, kenapa secara tiba-tiba Dato Zainal cuba "mengambil" pelajar-pelajar kita yang telah lulus STAM, dan sudah tiba di Mesir, untuk memasuki program ini. Sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk menyertainya. Pelik..

Seperti ada penglibatan Dato Zainal dalam penubuhan Ulum Islamiah ini. Adakah isu pemindahan ini sudah dirancang pada 2008/2009 lagi? Kita doakan kepada Allah supaya dedahkan lagi tangan-tangan belakang yang cuba menghapuskan DPM. Ya Allah, dedahkanlah siapa mereka! Engkau Maha Mengetahui.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

hunterjb on May 1, 2010 at 7:41 AM said...

salam.. ust mujahid ana minta izin copy and paste kan artikel ini kedalam group FB ini http://www.facebook.com/?ref=logo#!/group.php?gid=108505235857359

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal