Mahasiswa qiraat semakin digelapkan. Pada tahun 2009, terdengar ura-ura yang menyatakan bahawa Syoubra akan dihapuskan. Yang tinggal hanyalah "qiraat tanta". Betulkah ura-ura ini? Biar Allah SWT sahaja yang dedahkan realiti sebenar. Dia Maha Mengetahui.
Sedikit coretan daripada salah seorang mahasiswa Syoubra, berkenaan aduan ini. Kenapa nama tak naik-naik? Peperiksaan lagi 3 hari. Eh, JPMK tak buat kerja ke? ISMA mana? Kan ahli ISMA ada yang belajar di Syoubra? Hangpa buta ke? Tak reti nak perjuangkan hak anda sendiri!
Inilah beberapa ayat yang dicopy dari blog beliau, Zulikhwan.. (link)
Mahasiswa Qiraat tahun satu sudah tidak senang duduk. Semuanya sedang ternanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad (kenaikan nama di Azhar). Minggu lalu semua mahasiswa tahun satu berjaya menduduki imtihan syafawi al Quran dan Qiraat atas belas ihsan daripada pengetua Maahad Qiraat al Azhar, Shoubra yang membenarkan semua mahasiswa tahun satu menduduki peperiksaan syafawi.Tiga hari lagi mahasiswi Qiraat Mansurah pula bakal berdepan dengan imtihan syafawi al Quran dan Qiraat. Mereka juga pasti sedang menanti-nanti bilakah nama mereka akan muqayyad. Berdasarkan makluman, pihak pengurusan Maahad Qiraat Mansurah dikatakan agak syadid (tegas).Sepuluh hari yang dijanjikan oleh pihak JPMK untuk memastikan semua nama pelajar Qiraat muqayyad kini sudah berlalu berpuluh-puluh hari. Janji cuma tinggal janji. Omongan kosong daripada pihak JPMK kini sudah meluat didengari. Bukan sekali tetapi sudah berkali-kali janji yang sama ditaburkan.
Kenapa nama tak naik? Tiada sebarang penjelasan. Web JPMK.info tiada sebarang "ayat" untuk menjelaskannya kepada mahasiswa. Kenapa ya? Adakah anda berusaha untuk menghapuskan Syoubra? Kenapa? Apa dosa mereka?
Masalah muqayyad nama, masalah visa pelajar dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan sering menghantui para pelajar yang bakal menjejakkan kaki mendalami ilmu Qiraat di Mesir. Jika suatu masa dahulu, semua lulusan diploma tahfiz al Quran dan Qiraat atau Sijil Tinggi Tahfiz al Quran atau setaraf dengannya dibenarkan menyambung pengajian di Mesir tetapi bagi sesi akan datang hanya lulusan diploma JAKIM, Kolej Universiti Insaniah dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sahaja yang diiktiraf dan layak menyambung pengajian di Mesir.Lihat, ruang melanjutkan pengajian al Quran dan Qiraat di Mesir semakin sukar dan semakin disempitkan. Tidak mustahil sekiranya perkara yang sama juga bakal berlaku kepada pengajian Qiraat sebagaimana yang telah berlaku kepada program muadalah antara institusi pengajian Islam tempatan dengan al Azhar yang telah dimansuhkan suatu masa dahulu.
Di hujung sana, terdengar "Suara Mahasiswa" yang dinukilkan oleh Zhonni Abdi (link) ..
Untuk apa kami dihina
diperlakukan sedemikian rupa
hak kami dipersia-sia
maruah kami diperguna
seperti kami insan hina..
Kerana kami mahasiswa
perantau asing diluar negara
terpisah keluarga antara benua
mencari ilmu pasak matlamatnya..
Dalam derita semangat membara
memperjuangkan HAK sekian lama
tercari dimanakah silapnya
mencipta cereka tiada ironinya..
Jangan gentar mahasiswa
teruskan bersuara dan bersuara
kerana kita mahasiswa
segalanya bisa akan terlaksana...
0 comments:
Post a Comment