24 April 2010

Tangan Kotor Khairi JPMK - Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM



Tuduhan Melulu En Khairi : Kenyataan Rasmi Presiden PMRAM 2010

PMRAM melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap tuduhan melulu yang dilakukan oleh salah seorang pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) iaitu Encik Khairi Jalaluddin.

Tuduhan yang dilakukan terhadap Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta, Saudara Dzulhilmi bin Roslan itu sebenarnya boleh mencalarkan maruah seorang pimpinan mahasiswa. Apatah lagi tuduhan tersebut disebarluaskan melalui jaringan 'facebook'.

Bagi PMRAM, sepatutnya Encik Khairi Jalaluddin bertindak sebagai seorang yang profesional apatah lagi beliau merupakan salah seorang pegawai kerajaan. Tindakan menuduh tanpa usul periksa seumpama ini sebenarnya adalah tindakan daripada mereka yang kurang memahami prosuder gerak kerja.

Mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh Pihak Keselamatan Mesir, mana-mana pegawai kerajaan yang ingin membuat kunjungan atau kerja rasmi di setiap cawangan, maka mereka perlu memberitahu kepada Presiden PMRAM dan Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) untuk memudahkan sebarang urusan gerak kerja.

Tetapi keengganan beberapa orang pegawai JPMK untuk memberitahu kedatangan mereka kali ini telah menyusahkan pihak AJKT DPMT untuk berurusan dengan Pihak Keselamatan Mesir. Bukan itu sahaja, bahkan menuduh Pengerusi DPMT adalah wakil kedutaan di Tanta merupakan tuduhan yang tidak berasas.

PMRAM berharap agar Encik Khairi Jalaluddin menunaikan hasrat mahasiswa di Mesir ini untuk memohon maaf secara terbuka demi melihat suasana yang baik dan harmoni.

PMRAM juga berharap agar semua ahli sentiasa berdoa semoga persatuan induk ini mendapat bimbingan dan hidayah daripada Allah s.w.t. dalam setiap tindakan. Walau apa pun yang terjadi hak mahasiswa perlu dipertahankan kerana Islam mengajar umatnya untuk menjaga maruah sesama muslim.

Sekian, wassalam.

"KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKHSIAH"

Shahrizan bin Mohd Hazime
Presiden PMRAM 2010.

1 comments:

Sang Karipap on April 28, 2010 at 2:18 PM said...

Perkara ni baru jadi ke saudara?

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal