Khairi JPMK dan kerajinannya memvacum Pejabat Kelab UMNO
Isu sentimen politik sudah lama dimainkan oleh Nadi UMNO sehingga sekarang. Satu keratan berita yang disiarkan pada 9 November 2007 di dalam akhbar Utusan (berita dah basi) di dalam web kelab UMNO, dan ia masih lagi belum ada jawapan sehingga sekarang. Mereka begitu mudah melemparkan tuduhan itu dan ini, sedangkan mereka juga bermotifkan politik. (link)
Awasi pelajar Asia Barat jadi rekrut pembangkang
KUALA LUMPUR 9 Nov. – Kerajaan perlu mengawasi tindakan pembangkang yang kini menjalankan aktiviti untuk merekrut 80 peratus pelajar di Asia Barat sebagai kader parti itu menjelang 2015.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Asia Barat, Farid Shukri berkata, ini kerana mereka turut bertindak menghasut pelajar terbabit khususnya di Mesir supaya membenci kerajaan dan UMNO.Sehubungan itu, beliau mencadangkan UMNO melakukan gerak gempur supaya 6,000 pelajar Melayu yang kini menuntut di Mesir tidak menjadi dalang yang akan memburukkan negara kelak.Saya telah menyatakan kebimbangan ini dalam pertemuan tertutup dengan Bendahari UMNO, Datuk Abdul Azim Mohd. Zabidi baru-baru ini.“Kekalutan ini perlu diselesaikan. Jika tidak, persatuan propembangkang ini akan mengaut 80 peratus pelajar di Mesir sebagai kader mereka menjelang 2015,’’ katanya kepada pemberita hari ini.Beliau sebelum itu mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi disertai 68 wakil Kelab UMNO Luar Negara.Farid berkata, gerakan propembangkang itu tidak lagi dilakukan secara senyap, tetapi semakin berani menjalankan misi secara terbuka.Beliau berkata, Persatuan Melayu Republik Arab Mesir contohnya, telah ditubuhkan sekian lama dan begitu aktif melahirkan kader pembangkang.Menurutnya, persatuan tersebut bukan sahaja bertindak memantau program kedutaan, aktiviti Kelab UMNO dan setiap program kerajaan malah berusaha mewujudkan sentimen antikerajaan dan membenci kepimpinan UMNO.Beliau berkata, tindakan pembangkang itu jika tidak ditangani segera, mampu mengkucarkacirkan minda pelajar di Mesir, sekali gus memberi impak dalam usaha kerajaan membangunkan sebuah negara Islam Hadhari.“Kita mahu perhatian diberikan lebih kepada penuntut di Asia Barat kerana kita bimbang tindakan mereka boleh membawa kesan negatif jika UMNO sengaja mengabaikannya,’’ kata beliau.
Apabila membaca berita ini, jelas menampakkan ke"kudis"an si penulisnya, dan Nadi UMNO sekali. Kenapa marah apabila mahasiswa berpolitik, sedangkan mereka itu sendiri berpolitik. JPMK yang seringkali mendakwa tidak terlibat dalam mana-mana parti politik, akhirnya terpampang wajah Pengarah JPMK di pejabat Nadi UMNO (sila klik). Apa semua ni?
Ya, berita ini sudah basi. Tahun 2007 mereka mula melancarkan serangan untuk menghapuskan pelajar al Azhar dan PMRAM. Kerana mereka ini membahayakan UMNO kata mereka. Tengok apa yang terjadi pada tahun 2010 ini? Siri-siri serangan mereka hampir berjaya.
Dalam masa yang sama, JPMK meng"anak emas"kan mereka berbanding persatuan yang lain yang turut berdaftar. Ya, ingin saya ingatkan, ini juga salah satu bukti kenapa mereka menghantar pegawai JPMK yang UMNO ke bumi Mesir. Semata-mata untuk membawa agenda politik mereka.
Kebajikan apa yang mereka bawa? Ya, menghalang ahli daripada mengaji, melambat-lambatkan urusan kenaikan nama, menuduh mahasiswa itu dan ini, dan sebagainya. Memang sama seperti yang tertera di berita ini, agenda UMNO yang melihat "bahaya golongan ulama' terhadap mereka"
Tolonglah jadi pegawai JPMK yang mengetepikan sebentar sentimen politik ni. Hangpa tu pegawai. Buat cara pegawai yang professional. Jangan malukan diri sendiri di hadapan mahasiswa yang punya otak.
Di dalam berita di atas, jelas menunjukkan fitnah yang berada di tahap "super mangkuk" apabila menuduh PMRAM terlibat dalam usaha anti-kerajaan. Eh, kalau setakat cakap tin kosong style, baik tak payah. Fuh.. sedap betul lidah mereka tuduh itu ini. Mereka sendiri memperjuangkan politik di sini dengan jelas, tak salah pulak? Haprak!
Apa yang saya ingin jelaskan ialah "agenda menghancurkan PMRAM sejak 2007" sepertimana yang telah saya tulis di dalam artikel di sini. Lihatlah perancangan mereka ini.
link berita : (klik di sini)
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment