26 April 2010

Laporan Rasmi DPM Mansurah Tentang Muktamar Wafidin


Hari : Sabtu
Masa : 12.30 tgh hari
Tempat : Dewan Kuliyyah Dirasat Islamiyyah Lil Banat, Mansoura.
Kehadiran Mahasiswa(Anggaran): Lelaki: 84 orang Perempuan:147 0rang
Penganjur : Rabitah Alamiah likhirriji Al-Azhar

Satu muktamar telah diadakan oleh pihak pengurusan Al-Azhar Mansurah bersama mahasiswa/wi wafidin.Pertemuan yang dianjurkan oleh The World Associatian For Al-Azhar Graduates(W.A.A.G.) الرابطة العاليمة لخريجي الأزهر ini bertujuan memaklumkan kepada mahasiswa/wi wafidin Al Azhar Mansurah berkenaan perpindahan fakulti baru dari Mansurah ke Kaherah. Fakulti yang dimaksudkan adalah sepertimana yang diberitahu oleh Setiausaha Rabitah Alamiah iaitu Kuliah Ulum Islamiyah.

Dewan Perwakilan Mahasiswa/wi Mansurah telah memberi makluman kepada ahli DPMM agar berkumpul pada jam 11.00 pagi. Walaubagaimanapun majlis telah bermula pada pukul 12.30 hari.

Diantara tetamu kehormat yang telah memberi ucapan:

1- Amid Kuliyyah Ususludin dan Dakwah Universiti Al Azhar Mansurah
2- Amid Kuliyyah Bahasa Arab Universiti Al Azhar Mansurah
3- Amid Kuliyyah Dirasat Dan Islamiyyah Dan Bahasa Arab (Mahasisiwi)
4- Semua Wakil Kuliyyah
5- Rais Syuun Wafidin
6- Mudir Tahrir

Secara kesimpulannya, semua ucapan daripada tetamu kehormat ini lebih menjurus kepada kalam-kalam taujihat yang diberikan buat mahasiswa/wi yang hadir. Mereka lebih menekankan berkenaan soal penggunaan bahasa arab fushah yang harus dipertingkatkan lagi.

Seterusnya ruang ucapan telah dibuka kepada mahasiswa/wi untuk melontarkan masalah dan cadangan. Walaubagaimanapun hanya 3 orang mahasiswa/wi wafidin yang diberi peluang berucap pada majlis tersebut antaranya :-

1- Ustazah Ubaidah wakil Mahasiswi dari Juzulqamar
2- Ustaz Usman Al Amani B Azlan (Malaysia)
3- Ustaz Ibrahim wakil Mahasiswa Juzulqamar

Ruang yang diberikan amat terhad dan telah melahirkan rasa kekecewaan seluruh mahasiswa/wi wafidin.

Wakil DPM Mansurah yang telah diberikan pentaklifan untuk berucap ialah:-

1-Ustaz Usman Al Amani B Azlan
2-Ustaz Saiful Bahri B Dolah Sajat
3-Ustaz Mohd Labib B Abdul Jalil
4-Ustaz Mohd Zahimie B Mohd Dazhid
5-Ustaz Muhamad Amirul B Hasim (Pengerusi DPMM)

Walaubagaimanapun hanya Ustaz Usman Al Amani dapat berucap dan menafikan hak mahasiswa/wi agar tidak berpindah ke Kaherah. Hanya beberapa soalan dan pandangan sahaja yang dapat diberikan bagi membantah perpindahan ini.

Antara persoalan dan pandangan yang diberikan :-

s-1- Adakah benar dakwaan yang mengatakan bahawa seluruh mahasiswa/wi di setiap furu' (cawangan) akan dipindahkan ke Kaherah?

J-1- Ya, berita ini adalah benar kesemua mahasiswa/wi wafidin muhafazah akan dipindahkan ke kaherah. (Dijawab oleh kebanyakan amid dan wakil kuliah)

s-2- Daripada mana datangnya cadangan bagi perpindahan ini adakah ia daripada safarah maliziya atau daripada jamiah Al-Azhar sendiri?

J-2- Rais Syuun Wafidin tidak menjawab soalan, beliau hanya menyatakan bahawa seluruh mahasiswa/wi wafidin akan ditempatkan di suatu tempat khas bagi memudahkan mereka (wafidin) untuk bertutur dalam bahasa arab fushah. Apabila mereka (wafidin) disatukan maka akan memudahkan lagi mereka.

J-2- Jawapan ke-dua dijawab oleh Amid Kuliah Bahasa Arab dengan mengatakan, ia adalah daripada jamiah setelah melihat masalah-masalah yang timbul daripada mahasiswa/wi wafidin.

S-3- Adakah sekiranya kami tidak bersetuju dengan qarar ini di sana terdapat permasalahan yang akan berlaku?

J-3- Jawapan daripada Amid Kuliah Lughah menyatakan bahawa, perpindahan ini adalah adalah baik untuk kalian (wafidin) kerana ia dapat membantu mahasiswa/wi wafidin berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka.

Sedikit ulasan telah diberikan oleh Ustaz Usman bagi kami (Wafidin) tidak melihat ia adalah perkara terbaik dalam membantu kami (wafidin) kerana kami sendiri mahu tinggal di sini (Mansurah). Saya (Us Usman) akan menyatakan beberapa sebab mengapa kami tidak mahu pindah ke kaherah dan saya akan menerangkan kepada kalian. antaranya :-

1- Faktor kehidupan dari sudut ekonomi. Kehidupan di Kaherah adalah lebih tinggi berbanding dengan Mansurah sedangkan mereka yang tinggal di kaherah sekarang ini pun mempunyai masalah kewangan. Hujah dikuatkan lagi dengan harga sewaan rumah dengan mengatakan sewaan rumah di Kaherah adalah lebih tinggi berbanding di Mansurah. Namun amat dikesali, mereka (Rais Syuun wafidin dan amid kuliah banat) dengan mudah menjawab akan menyediakan tempat dengan berhujah telah ada seramai 117 pelajar wafidin daripada Indonesia telah mereka tempatkan di sana.

Seterusnya Ustaz Usman menyatakan tentang hujah seterusnya berkenaan pengajian di Mansurah adalah lebih baik daripada pengajian di Kaherah.Kerana mahasiswa/wi di sini lebih merasai biah (suasana) di Mansurah.

S-4- Adakah perpindahan ini hanya tertumpu kepada mahasiswa/wi wafidin daripada pengajian islam sahaja?

J-4- Soalan ini tidak dijawab, dan mikrofon mula dirampas oleh setiausaha rabitah al-alamiah. Beliau mengatakan bahawa ini adalah qarar daripada Sheikh Ahamad Tayyib dan ia adalah baik untuk kamu semua.

Kemudian ucapan daripada Ustaz Ibrahim daripada Juzuul Qamar, beliau menjelaskan tentang hak kebebasan bagi tinggal di Mansurah namun ucapan beliau tidak dapat dihabiskan kerana mikrofon telah dirampas sekali lagi oleh setiausaha rabitah al-alamiah menyebabkan semua hadirin memprotes tindakaan tersebut. Seiausaha rabitah menyatakan bahawa setiap permasalahan pada hari ini akan diajukan kepada sheikh Ahmad Tayyib.

Majlis terus diakhiri sekitar jam 2:30 petang dan tidak ada lagi ruang untuk memberi pandangan dan soalan daripada mahasiswa/wi wafidin yang berada di situ. Mereka hanya menyatakan sebarang permasalahan boleh terus menghubungi melalui email atau laman web atau nombor telefon yang tertera pada lampiran yang telah diberikan.

Tambahan:-

1- Dr Ali Luqom dan Dr Ismail Hammad tidak meredhoi program ini disebabkan pihak penganjur telah menyekat suara mahasiswa/wi untuk memberi pandangan dan persoalan.

2- Pandangan daripada Dr Ali Luqom menyatakan sekiranya seluruh mahasiswa/wi wafidin ini dipindahkan juga ke Kaherah, beliau menyarankan agar semua mahasiswa/wi bertindak pulang ke negara masing-masing. Tambahan beliau, semua mahasiswa/wi telah dizalimi hak mereka oleh kerajaan.

3- Beberapa tindakan susulan selepas program ini antaranya :-

a. Kami telah membuat perjumpaan semula dengan beberapa ahli serta Badan Pengurus PMRAM (BSR) Us Ahmad Huzaifah b.Fauzi bagi mengumpul semua maklumat serta membincangkan teknikal yang seterusnya. Kami telah menghantar laporan kepada presiden PMRAM.

b. Kami akan mengumpulkan seluruh pimpinan persatuan mahasiswa wafidin yang berada di Mansurah bagi membincangkan tindakan yang akan diambil bagi menolak cadangan pemusatan tersebut.

c. Kesemua pimpinan pelajar wafidin, akan menyuarakan bantahan berkenaan cadangan tersebut.

d. Lain-lain tindakan adalah berdasarkan perbincangan diperingkat pusat dan seluruh cawangan PMRAM.

4- Bagi cawangan-cawangan lain diharapkan dapat bertegas supaya membantah cadangan bagi pemusatan mahasiswa/wi wafidin ke Kaherah sepertimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat ruasa' sebelum ini.

5- Kami mengharapkan agar tidak menyentuh isu politik negara Mesir sekiranya terdapat muktamar seperti yang diadakan di Mansurah.

6- Segala maklumat tambahan seperti audio video boleh didapati melalui badan pengurus dan Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah (4 GB).

Wallahu A'lam. KITA PMRAM!.

"KEMANTAPAN FIKRAH MENJANA SYAKHSIAH"

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi PMRAM cawangan Mansurah sesi 2009/2010.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal