Terima kasih Ustaz Adham (link) atas kerajinan untuk menyiarkan 3 keping gambar ketika perjumpaan bersama pimpinan wafidin, yang diadakan semalam (26 April) di Dewan DPM Mansurah. Terasa sokongan daripada beberapa buah negara sehingga mencengkam ke hati.
Ingat, kalau ISMA, JPMK dan Nadi UMNO tidak mahu memberi sokongan, masih ramai lagi bangsa lain di luar sana akan membantu PMRAM!
Ustaz Abduh dari Juzur Qamar memberi rangsangan semangat kepada seluruh wakil mesyuarat delegasi Wafidin sebanyak 12 negara.
Semangat semua berbincang menunjukkan rasa kasih sayang kepada Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah.
Semua bergambar setelah mana selesai mesyuarat wafidin dari selepas Isyak hingga jam 12 malam bagi memastikan halatuju warga wafidin di Mansurah terlaksana.
Nukilan dari Ustaz Adham :
Wahai pihak-pihak berwajib sekalian!
Di manakah anda bila kami perlukan bantuan?
Di manakah anda bila mana kami menghadapi kesulitan?
Di manakah tanggungjawab anda bila kami ditimpa kesusahan?
Apakah salah kami semua sehinggakan kami diperlakukan sebegini?
Wahai pihak-pihak berwajib sekalian!
Andaikata kami menghadapi keperitan di sini
Maka kami bakal menuntut di akhirat kelak
Segala apa yang kami hadapi
Kami menuntut keadilan!
Kami menuntut kebajikan dari anda!
Tunggulah balasan dari Allah dengan sikap anda ini!
0 comments:
Post a Comment