26 April 2010

Syibin Turut Sama Menyelar Tindakan Khairi Pegawai JPMK


TUDUHAN TIDAK BERASAS!
TUDUHAN EN. KHAIRI JALALUDDIN (PEGAWAI KEDUTAAN) KEPADA PENGERUSI DPMT TIDAK BERASAS

DPM Shibin El-Kom selaku Suara Mahasiswa di Shibin El-Kom yang juga merupakan Taakhi DPMT ingin menyatakan sokongan kepada Pengerusi DPM Tanta (DPMT), Ustaz Dzulhilmi Roslan di atas tuduhan yang tidak berasas yang dilemparkan oleh Encik Khairi Jalaluddin. :-

1) DPMS tidak bersetuju dengan tindakan Pegawai JPMK (En. Khairi Jalaluddin) di dalam Facebook yang menuduh tanpa usul periksa kepada Pengerusi DPMT.

- Kehadiran Pegawai Kedutaan di mana-mana Muhafazah sememangnya perlu dimaklumkan kepada Pengerusi DPM (muhafazah yang terlibat) terlebih dahulu untuk dimaklumkan kepada pihak Keselamatan Mesir.

- Setiap perkara yang berlaku di muhafazah yang melibatkan pelajar Malaysia terutama kedatangan wakil Kedutaan, setiap Pengerusi DPM tersebut perlu dimaklumkan kepada pihak keselamatan Mesir.(Ini adalah polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Keselamatan Mesir).

- DPMT adalah cawangan PMRAM di Tanta yang berdaftar dibawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir. Maka istilah “wakil Kedutaan” tidak timbul.

- Pengerusi DPMT hanya menjalankan tugas beliau sebagai Pengerusi DPMT merangkap Unit Perhubungan Luar. Beliau bertanggungjawab ke atas perjalanan DPM dan hubungan dengan pihak Keselamatan Mesir.

2) DPMS ingin meminta En. Khairi Jalaluddin memohon maaf secara terbuka terhadap tuduhan yang dilemparkan terhadap Pengerusi DPMT.

- Kenyataan yang di dalam Facebook En. Khairi Jalaluddin menyebabkan semua yang melayari Facebook dapat membacanya. Maka akan tersebarlah satu fitnah. Kenyataan itu seolah-olah Pengerusi DPMT telah melakukan kesalahan.

- Kenyataan yang disiarkan adalah perbuatan yang tidak profesional.

- Kenyataan ini telah mencalarkan kredibiliti Pengerusi DPMT khususnya dan mencalarkan nama baik DPMT dan PMRAM amnya.

DPMS menyokong sepenuhnya kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime.

DPMS berharap, perkara ini dapat diselesaikan secara adil dan saksama. Semoga Allah S.W.T. memberi petunjuk dan pimpinan kepada kita semua selaku hambaNya.

Sekian, wassalam.

“BELAJAR DAN BERBAKTI”

MUHAMMAD FAIZAL BIN ABDULLAH
Pengerusi,
Dewan Perwakilan Mahasiswa Shibin El-Kom (DPMS),
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM),
Sesi 2009/2010.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal