28 April 2010

Beberapa Jenayah Terhadap Melayu, JPMK Diam Saja..


Berikutan kes pencabulan seorang mahasiswi kita, hari ini PMRAM telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang beberapa perkara penting yang mesti diambil perhatian oleh ahli PMRAM. Iaitu berkaitan isu keselamatan, yang telah dimaklumkan sendiri oleh Presiden PMRAM, Us Shahrizan bin Hazime.

Beberapa kawasan yang berbahaya :

Tambahan pula kejadian ini berlaku berhampiran dengan penempatan mahasiswa Malaysia seperti di kawasan Haiyu Asyir, Haiyu Sabiek, Haiyu Zuhur dan lain-lain.

Tambahnya lagi bahawa beberapa kes yang biasa dilaporkan kepada pihak PMRAM ialah :

Antara kes terbaru ialah gangguan seksual (mencabul kehormatan) terhadap mahasiswi yang berlaku di siang hari baru-baru ini menunjukkan bahawa penanda aras keselamatan di sini sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.

Kes kecurian dan pecah rumah yang sering berlaku khususnya ketika orang ramai berpusu-pusu menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat membuktikan bahawa rumah sewa mahasiswa Malaysia kini sentiasa diperhatikan serta berada dalam keadaan yang tidak selamat. Penjenayah terbabit hanya menunggu peluang yang sesuai untuk melakukan tindakan selanjutnya.

Begitu juga kes samun yang berlaku di jalan-jalan gelap serta di tengah kesesakan orang ramai menunjukkan bahawa penjenayah terbabit juga sudah tidak takut lagi untuk melakukan jenayah terhadap mahasiswa Malaysia. Mereka menganggap bahawa pelajar asing tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya menjerit meminta tolong daripada orang ramai.

Jadi, beringat-ingatlah wahai semua manusia di bumi Mesir. Bahaya itu ada di mana-mana. Kita juga jangan lupa bahaya yang menimpa kepada mereka yang keras kepala dan degil. Jangan sekali-kali gatal jalan tengah malam bagi akhawat tanpa musyrif.

Kalau nak harap kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh JPMK, jangan mimpi.. ISMA pun sama.. jangan mimpi depa akan peringatkan ahli mereka dengan keselamatan. Nadi UMNO lagi la.. Sama je.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal