05 October 2009

Pengkhianat Yang Mengkhianati Pengkhianat Lain


Pengkhianat Yang Mengkhianati Pengkhianat

“Janganlah kamu mengkhianati sesiapa yang mengkhianati kamu” (Jami’ Saghir : 308)

Amanah ialah satu perkara yang sangat dituntut oleh Allah SWT di dalam al Quran. Di sana terdapat banyak perkara dan penekanan yang diberikan oleh Allah SWT di dalam pelaksanaan amanah.

Allah SWT berfirman

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) (Surah an Nisa : 58)

Anda sudah tahu bahawa anda telah dikhianati dan anda sangat membenci perbuatan tersebut. Bukankah anda marah apabila anda dikhianati? Khianat itu ada empat bentuk :

Pertama : Maksiat

Allah mengetahui bahawasanya kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kau dan memaafkan kamu. (Surah al Baqarah : 187)

Kedua : Tidak menunaikan janji

Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. (Surah al Anfal : 58)

Ketiga : Meninggalkan amanah

Dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat (Surah an Nisa’ : 105)

Keempat : Bercanggah dengan agama

Mereka berdua (isteri Nabi Nuh dan Lut) berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh (nabi Allah) dari hamba-hamba Kami (yang sewajibnya mereka berdua taati); dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing-masing; (Surah at Tahrim : 10)

Di dalam hadith yang telah disebut sebelum ini bahawa khianat itu adalah amalan bagi si munafik. ar Raghib berkata di dalam Mufradat ar Raghib bahawa munafik dan khianat itu adalah satu.

Fikirlah sendiri adakah anda juga ingin menggolongkan diri anda di dalam munafik yang tempatnya di neraka paling bawah? Jauhilah daripada dikhianati oleh orang lain, dan lebih-lebih lagi menjauhkan diri daripada mengkhianati orang, walaupun mengkhianati pengkhianat.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal