14 October 2009

Jangan Kata Azharian Malas Mengaji Kalau Pengajian Disekat


Hati ini sedih apabila mendengar khabar dari Mesir, Pengajian Tafaqquh Kutub Sittah telah digagalkan oleh JPMK.. Berita yang saya terima berbunyi :

majlis kutub sittah cuba digagalkan oleh saffrah..dengan sekeping surat bertanda tangan PROF JAMIL b HASHIM dihantar ke syuun dewan ACC dan IMAM AKBAR AL AZHAR SYEIH TANTAWI yang memohon agar program ini tidak diadakan atas beberapa sebab yang telah dinyatakan di dalam surat berkenaan antaranya kerana PMRAM adalah parti politik pembangkang..Apakah kita mahu melihat usaha baik Shabat-sahabat kita bersama para ULAMA" AZHAR untuk menganjurkan program ini dihalang oleh pihak SAFFRAH yang tidak bertanggungjawab?? apakar perasaan kita?? dimanakah sensitiviti kita..ULAMA" telah dipermainkan...mari sama2 kita mendoakan yang terbaik untuk ISLAM

---------------------------------------------------------------------

Ia dihantar dalam bentuk YM. Ringkas, tapi menyedihkan. Dalam masa yang sama, beberapa Azharian Blogger mula menyiarkan artikel dan ulasan mereka, berkenaan pengharaman ini. Saya pun bingung apabila mendengar berita ini. Walaupun saya masih berada di Malaysia, namun, seolah-olah kemurungan ini berlegar di sekitar telinga ini.


Selain itu, di dalam Web PMRAM juga menyiarkan berita...

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam, Selawat dan salam buat junjungan Nabi SAW dan ahli keluarga Baginda yang tercinta, serta seluruh sahabat Ridhuwanullah alaihim Ajma`in.

Dukacita dimaklumkan kepada semua ahli yang telah mendaftarkan diri untuk menyertai Majlis Pembacaan Kutub Sittah (siri pertama) yang akan diadakan pada 17 -20 Oktober 2009 ini telah cuba digagalkan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).

Namun begitu PMRAM selaku penganjur program akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan program ini akan dapat dilangsungkan seperti yang dirancang.

Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan program tersebut, sila dapatkan maklumat terkini di laman web rasmi PMRAM, www.pmram.org ataupun di portal rasmi kutub sittah, www.kutubsittah-pmram.blogspot.com . Segala penjelasan dan maklumat terkini berkaitan permasalahan tersebut akan dijelaskan pada hari Khamis ini bersamaan 15 Oktober 2009.

PMRAM memohon segala kerjasama daripada seluruh ahli PMRAM agar bersama-sama berdoa dan bersolat hajat supaya majlis tersebut berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang.


Sekian,

Mohd Adlan bin Mokhtaruddin
Pengarah Majlis Pembacaan Kutub Sittah PMRAM 2009.


------------------------------------------------------------------

Sebelum saya pulang ke tanahair pada 24 Ogos lalu, saya sempat menghadiri Mesyuarat Adhoc Pelaksana Majlis Pembacaan Kutub Sittah. Ketika itu, saya hanya mewakili Ustaz Faqrurrozi sebagai Pengarah PMC untuk berada di dalam mesyuarat tersebut.

Hati ini semakin runsing apabila dapat tahu tarikh majlis yang mulia ini diadakan ketika saya berada di Malaysia. Rasa rugi yang teramat sangat apabila tidak dapat mengikuti program seperti ini. Saya tidak ingin mengulas lebih panjang tentang perkara ini, bagi seluruh rakyat Malaysia yang ingin mengetahui tentang Majlis Pembacaan Kutub Sittah anjuran PMRAM sila klik pada address di bawah..

http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=696:pmram-optimis-menjayakan-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=1:pmram&Itemid=63

http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=694:makluman-majlis-pembacaan-kutub-sittah&catid=6:pengumuman&Itemid=68


Ulasan

Telinga ini sering terngiang-ngiang tuduhan yang dilemparkan kepada Mahasiswa al Azhar. Ada yang kata kita ni tido memanjang, malas ngaji, kuliah tak pegi, duk Mesir bertahun-tahun tapi ilmu hapak, berniaga ngalahkan businessman .. dan bermacam-macam lagi.

Semua yang buat tuduhan ini, bukanlah mahasiswa al Azhar pun. Bahkan Mesir pun tak pernah dijejakkan kaki. Sumber mana depa dapat entahlah. Tetapi, yang peilknya, sepanjang beberapa bulan berada di Malaysia ini, tiada seorang pun yang bertanya tentang perkara ini.

Bahkan, ramai yang bertanya kepada saya tentang kebajikan mahasiswa kita yang berada di sana. Ramai juga yang bersemangat memberi sumbangan dan sebagainya. Ha.. perkara yang paling melucukan, apabila ada yang mengatakan mahasiswa al Azhar tak pandai berbahasa arab. Tercuit hati ini apabila mendengar komen seperti itu.

Soalan saya untuk mereka yang berkata demikian, mahasiswa Melayu yang belajar di universiti di Malaysia pun, banyak juga salah bercakap dalam Bahasa Melayu. Mahasiswa Malaysia di UK contohnya, ada juga yang tidak pandai berbahasa Inggeris. Contoh lagi, orang India atau China, yang lahir di Malaysia, masih ramai yang tidak fasih berbahasa Melayu. Bahkan peperiksaan Bahasa Melayu dalam SPM pun, ada juga yang tidak lulus.

Bukanlah niat ini untuk memburukkan sesiapa, jauh sekali untuk menghina bangsa lain. Tetapi cuma mengumpamakan sebuah contoh yang boleh difikirkan bersama. Saya sendiri yang belajar di Mesir, masih ramai warga Mesir yang tidak fasih berbahasa Arab! Kadangkala apabila kita bercakap Bahasa Arab (Baku), ada yang tidak memahaminya.

Ini baru satu. Yang lain-lain tu, boleh fikirkan sendiri. Hati ini berniat mengulas tentang usaha menggagalkan pengajian yang dilakukan oleh pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Sampai sekarang, saya masih lagi mengumpulkan sebanyak mungkin sebab JPMK berbuat demikian. Tetapi apabila sudah berjuta-juta kali berfikir, sebabnya hanya satu... iaitu politik.

Dari dulu lagi PMRAM dituduh sebagai parti politik. Saya pun tak faham. Kalau PMRAM itu sokong pembangkang sekalipun, takkanlah Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini hendak dibatalkan juga. Adakah tenaga pengajarnya di kalangan Parti Pembangkang? Tak juga... Syeikh-syeikh yang mengajar semuanya berbangsa Mesir.

Dato Hamid Othman, dulunya adalah Badan Pengurus PMRAM. Sebenarnya ramai lagi, cuma saya yang tidak tahu. Saya terfikir juga, mungkin disebabkan keselamatan... Tapi, apa yang tak selamatnya. Syeikh-syeikh yang mengajar bukannya Ikhwanul Muslimin pun. Bahkan PMRAM sendiri merujuk Kementerian Kemasyarakat Mesir sebelum merancang untuk melaksanakan apa-apa program.

Bertambah pelik apabila tidak kelihatan pun usaha JPMK atau seangkatan dengannya, untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mahasiswa al Azhar. Tetapi kenapa ya, pengajian ini pula yang digagalkan oleh mereka. Apa salahnya untuk mengaji dengan masyaikh Azhar?

Dengan kata lain, inilah antara tanda akhir zaman. Ilmu itu disekat daripada tersebar. Institusi ulama diganggugugat dan dipermainkan. Tak tahu lah saya, apakah suara hati syeikh-syeikh yang mengajar, apabila mendapat tahu berita penggagalan ini.

Akhir sekali, berita ini yang disiarkan di dalam web PMRAM..

PMRAM Optimis Menjayakan Majlis Pembacaan Kutub Sittah

Kaherah, 13 Oktober - PMRAM sekali lagi mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah ACC , yang merupakan tindakan lanjutan daripada usaha pihak JPMK untuk menggagalkan program Majlis Pembacaan Kutub Sittah.

Pemangku Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime bersama Pengarah Program, Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin telah berkunjung ke dewan tersebut meminta penjelasan dari pihak pengurusan ACC. Ini merupakan kunjungan kali ketiga pihak PMRAM ke dewan ACC setelah mendapat makluman usaha membatalkan program ini oleh pihak JPMK. Usaha ini akan diteruskan oleh PMRAM sehingga terlaksananya Majlis Pembacaan Kutub Sittah ini dengan jayanya.

Di samping itu, pihak PMRAM sentiasa menghubungi pihak JPMK untuk meminta penjelasan dan mengatur pertemuan. Namun begitu maklum balas yang diterima sangat mendukacitakan.

Pihak PMRAM selaku penganjur sekali lagi memohon jasa baik semua pihak untuk terus berdoa supaya usaha untuk menggagalkan majlis ini tidak berjaya.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal