Sepertimana yang telah saya siarkan sebelum ini (link), berkenaan teks memorandum yang telah dihantar kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Jelas menampakkan PMRAM memperjuangkan hak mahasiswa dan kebajikan.
Antara yang dituntut ialah Pejabat PMRAM di ARMA, dan saya amat mengesyorkan kepada En Zul untuk baca betul-betul. Jangan buat-buat buta pulak. Nanti buta betul.. baru hang tau. Bab tentang tuntutan ARMA ini tertera pada item ke 4 di dalam memorandum tersebut.
4. Memohon Kebenaran Untuk Kembali Beroperasi Di Pejabat Asal PMRAMPersekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) meletakkan satu keyakinan penuh terhadap Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang begitu dikenali sebagai seorang pemimpin yang prihatin terhadap kebajikan mahasiswa agar dapat menimbangkan permohonan PMRAM untuk kembali beroperasi di pejabat asal PMRAM di anjung Asrama Rumah Melayu Abasiah ataupun yang lebih dikenali pada hari ini dengan nama Dewan Malaysia Abasiah Kaherah (DMAK). Permohonan ini dibuat setelah mana PMRAM tidak beroperasi di pejabat asal PMRAM semenjak tahun 1993 hingga kini.Sejarah Asrama Rumah Melayu Abasiah (ARMA)PMRAM pada tahun 1956 telah mengharumkan nama seluruh anak-anak Melayu di Tanah Melayu apabila seramai 65 orang para mahasiswa Al-Azhar ketika itu telah bersedia untuk berkorban nyawa demi mempertahankan negara Mesir daripada serangan tiga penjuru; Perancis, British dan Israel apabila mereka telah menyertai secara sukarela anggota Pertahanan Awam bagi Mesir yang bersedia untuk terjun ke medan perang sekiranya bilangan askar kerajaan Mesir tidak mencukupi. Sebahagian mahasiswa yang tidak berkeupayaan untuk berperang telah menderma darah manakala para mahasiswi pula tidak ketinggalan dalam perjuangan dengan menjahit pakaian tentera yang digunakan dalam peperangan.Atas keberanian ini, Presiden Mesir ketika itu, Presiden Jamal Abdul Nasir telah menganugerahkan sebidang tanah kepada PMRAM ataupun yang dikenali ketika itu sebagai Persekutuan Melayu Mesir (PMM). Hasil hadiah tanah yang seluas 2,212 meter persegi di Abbasiah dengan sah menjadi milik PMM melalui majlis penyerahan geran pada tahun 1959 yang dihadiri oleh Yang Di Pertua Persekutuan Melayu Mesir ketika itu, Tan Sri Haji Wan Mokhtar Ahmad (mantan Menteri Besar Terengganu).PMRAM mengiktiraf bahawa tanah tersebut pada hari ini adalah milik Kerajaan Malaysia hasil daripada penukaran hak milik tanah daripada nama PMRAM ke nama Kerajaan Malaysia pada tahun 1960 sebagai satu proses untuk Kerajaan Malaysia meluluskan kewangan untuk membina asrama di atas tapak tanah tersebut.Hak PMRAM berdasarkan dokumen “Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu”Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menandatangani Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang turut ditandatangani bersama oleh Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Yang Di Pertua PMRAM.Berikut adalah beberapa klausa yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 yang menunjukkan hak PMRAM memiliki pejabat di ARMA.“Tapak bangunan ini adalah diperolehi dari hadiah pihak berkuasa Kerajaan Mesir atas daya usaha dan jasa ahli-ahli Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Peraturan tahun 1986, Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.3)“Anjung tingkat bawah asrama ini adalah dikhaskan sebagai pejabat Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.” (Fasal 1 Pendahuluan Ceraian 1.6)“Dasar Pentadbiran Asrama ini diputuskan oleh sebuah jawatankuasa, terdiri daripada:- Pengarah JPM (Pengerusi), Penyelia Asrama (Setiausaha), Pegawai Kebajikan (I) JPM, Pegawai Kebajikan (II) JPM, Juruwati Asrama dan Tiga Orang Wakil PMRAM.” (Bab 2, ceraian 2.3)Sebab Mengapa PMRAM Memohon Pejabat Di ARMADokumen Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu bagi tahun 1971 dan 1986 pada hakikatnya tetap legal dan tidak pernah dimansuhkan sama sekali sehingga hari ini. Tidak ada sebarang hitam-putih yang membatalkan secara sah dokumen persepakatan yang dimetrai pada tahun 1971 dan 1986 tersebut.Kenyataan yang dibuat oleh Duta Besar Malaysia Ke Kaherah pada tahun 2000 dalam satu mesyuarat bertarikh 13 November 2000 antara Tuan Yang Terutama Dato’ Duta dengan Badan Pengurus PMRAM dengan jelas mengakui ketidaksahan peraturan baru ARMA 1999 kerana dibuat tanpa pengetahuan PMRAM, seterusnya mengiktiraf peraturan terdahulu iaitu Peraturan ARMA 1971 dan 1986 sebagai peraturan yang masih diterima pakai.Kandungan Peraturan-peraturan Asrama Rumah Melayu ini adalah satu persepahaman yang sah dan perlu untuk dijalankan kembali bagi menghormati persepakatan yang telahpun ditandatangi pada masa lalu.Usaha PMRAM Dalam Memohon Pejabat Di ARMAPMRAM pernah mengajukan permohonan untuk kembali beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abasiah ini kepada mantan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh ketika beliau melawat Mesir pada Oktober 2004. Walau bagaimanapun sehingga ke hari ini, tiada sebarang jawapan balas terhadap permohonan PMRAM untuk beroperasi di Asrama Rumah Melayu Abbasiah.PMRAM memohon jasa baik Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia bersempena kedatangan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri ke Republik Arab Mesir agar sudi mempertimbangkan dan meluluskan permohonan PMRAM untuk beroperasi semula di pejabat PMRAM yang asal di anjung Rumah Melayu Abasiah. PMRAM meyakini bahawa Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertimbangkan permohonan ini dengan sebaik-baiknya.
Memorandum ini dihantar kepada Perdana Menteri ketika itu. Kalau takda bukti atau dokumen perjanjian, buat apa hantar kat Perdana Menteri. Erm, ketika ini juga En Zul masih belum bertugas sebagai Pegawai JPMK lagi. Tu pasal tak reti. Ok, tak perlu cakap banyak, baca dan teliti. Pastu jangan dok gatal nafi hak orang.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment