WASHINGTON: Sebuah laman web semalam menyiarkan video mengenai serangan tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Apache ke atas Baghdad tiga tahun lalu yang mengorbankan dua kakitangan agensi berita Reuters.
Laman web WikiLeaks itu mengakui video berkenaan diperoleh daripada beberapa anggota tentera Amerika.
Klip video pada Julai 2007 itu menunjukkan gambaran dari atas beberapa lelaki di jalan raya Baghdad, termasuk dua yang kemudian dikenal pasti sebagai kakitangan Reuters, iaitu Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh.
Sekurang-kurangnya dua individu dalam video itu didakwa mereka membawa senjata tetapi kebanyakan mereka tidak bersenajata.
Juruterbang Apache berkenaan dikatakan melakukan kesilapan apabila memberitahu kamera yang dipegang dua kakitangan Reuters berkenaan adalah pelancar roket atau RPG.
Ketika itu, juruterbang Apache memaklumkan bahawa beliau mengesan “lima hingga enam orang bersama senjata AK-47” dan meminta kebenaran untuk menyerangnya.
Juruterbang Apache itu kemudian mula menembak dengan salah seorang di dalam pesawat memberitahu “mayat bergelimpangan di sana”
“Tengok semua ‘anak haram’ itu sudah mati,” kata seorang lagi rakannya.
Seorang lagi menjawab: “Ia (tembakan) hebat.”
Seorang daripada juruterbang itu mengarakan salah seorang lelaki yang cedera itu mengambil “senjatanya” supaya juruterbang itu boleh menembak semula ke arahnya.
Beberapa minit kemudian, sebuah van dilihat mengambil mangsa yang maut dan cedera sebelum ditembak balas oleh juruterbang Apache.
Dua kanak-kanak di dalam can berkenaan cedera sebelum diselamatkan tentera Amerika yang kemudian tiba di tempat kejadian.
Pegawai tentera Amerika bagaimanapun menyifatkan video itu “tidak memberi maklumat baru dan tidak lebih daripada rakaman videa.
“Sejak 2007, kami mengetahui semuanya yang terkandung dalam video itu.
“Kami mengetahui serangan yang berlaku di mana dua kakitangan Reuters terbunuh.
“Kami juga mengetahui dua kanak-kanak cedera,” kata pegawai berkenaan.
“Senjata RPG dalam video itu memang yang betul. Kami berdepan dengan musuh dan pemberita di kawasan tentera Amerika sedang menjalankan serang hendap.
“Pada masa sama tidak tidak boleh mengenal pasti dengan betul sama ada kakitangan Reuters itu membawa kamera atau senjata,” katanya.
Dalam satu kenyatannya, Ketua Pengarang Berita Reuters, David Schlesinger berkata, kematian Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh tiga tahun lalu adalah tragik dan lambang tahap bahaya yang tinggi apabila membuat liputan di zon perang. – AFP
Berita Kedua
WASHINGTON - Satu rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.
Mangsa-mangsa yang mati itu termasuk seorang jurugambar Reuters, Namir Noor-Eldeen berusia 22 tahun dan pemandunya, Saeed Chmagh, 40.
Video hitam putih selama 17 minit itu dirakamkan dari tempat helikopter Apache milik tentera AS yang melancarkan serangan tersebut.
Pembunuhan itu bermula apabila sekumpulan penduduk yang sedang berkumpul di sebatang jalan di Baghdad ditembak dengan mesingan helikopter askar AS.
Beberapa penduduk kemudian cuba melarikan diri semasa kejadian tersebut.
Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.
Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."
Rakaman tersebut disahkan oleh tentera AS sebagai serangan yang berlaku di Baghdad pada 12 Julai 2007.
0 comments:
Post a Comment