24 April 2010

Tangan Kotor Khairi JPMK - Ulasan Pengerusi DPMZ


Khairi Jalalluddin - Pegawai JPMK
Ustaz Dzulhilmi Roslan - Pengerusi DPM Tanta

Menurut status KJ di halaman Facebooknya sekitar jam 12:00 tengahari semalam (21 April 2010), tertulis “ada ke pelajar al-azhar mengaku jd wakil kedutaan di tanta. bila masa kedutaan bagi surat pelantikan?..pelik".

Persoalannya, siapa yang mengaku jadi wakil kedutaan? Kenapa pegawai ini tidak profesional dalam membuat sesuatu tindakan? Buatlah siasatan terlebih dahulu. Jangan tuduh melulu.


18 April 2010 (sekitar jam 3:00 petang)

Wakil Amnu Daulah (Pihak Keselamatan Mesir) telah menghubungi Pengerusi sebanyak 8 kali. Ketika itu Pengerusi berada dalam kuliah dan saya sendiri bersama dengan beliau. Sejurus habis kuliah, Pengerusi terus menghubungi wakil Amnu Daulah tersebut lalu diberitahu bahawa ada wakil Safarah (kedutaan) akan datang ke Tanta dan telah pun menempah Hotel ‘Arafah berdekatan Mahattah (Stesen Keretapi) Tanta. Kami seterusnya bergerak ke hotel berkenaan untuk mendapatkan kepastian. Sesampainya di hotel, kami bertanya kepada pihak hotel lalu dimaklumkan kebenaran akan berita yang disampaikan oleh wakil Amnu Daulah tersebut.

sila klik link ini untuk bacaan lanjut.. http://edpmt.org/v03/modules.php?name=News&file=article&sid=286

................................................................................................

Ulasan dari Ku..

-1 - Sememangnya setiap kehadiran pegawai safarah ke muhafazah ( cawangan ) perlu dimaklumkan pada PENGERUSI DPM terlebih dahulu untuk dimaklumkan kpd pihak keselamatan Mesir.

Sebabnya :

:- Pihak keselamatan Mesir ( Amnu Daulah ) hanya berurusan dengan wakil PMRAM ( Pengerusi DPM ) sahaja di peringkat muhafazah.

:- Setiap perkara yang berlaku di muhafazah yang melibatkan pelajar Malaysia pihak keselamatan Mesir akan menghubungi terus dengan pengerusi DPM.

:- Pihak keselamatan Mesir akan berang sekiranya segala perkara yang melibatkan pelajar malaysia terutama kedatangan wakil safarah ke muhafazah tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada mereka, kerana tindakan ini adalah SALAH.

:- Sila baca tulisan ust mumtaz (bekas pengerusi dpmz) membuat ulasan mengenai hal ini. sila klik http://jihadislami.blogspot.com/2009/01/part-one-kehadiran-baru-tidak.html

-2 - Ini kerana :

- PMRAM secara sahnya telah berdaftar di bawah Kementerian Kemasyarakatan Mesir sejak dahulu sebelum pihak kedutaan wujud di bumi mesir ini lagi..

- Pengerusi di setiap DPM telah berurusan dengan pihak keselamatan mesir sejak mula-mula pelajar malaysia datang ke muhafazah..

-3 - Setiap pengerusi selaku mandub ( wakil ) kepada PMRAM dan bertanggungjawap di atas segala urusan yang berkaitan dengan keselamatan bagi setiap pelajar Malaysia yang berada di muhafazah.

-4 - Ini bukanlah coretan kosong semata2 akan tetapi pengalaman penulis setelah sekian lama berada di bumi Zagazig dan bersama dengan DPM Zagazig..Pengalaman berurusan dengan pihak keselamatan bukan sekali setahun atau sekali seminggu akan tetapi hampir setiap hari.

-5 - Kita bersuara bukan kerana inginkan kuasa, tetapi inginkan hak mahasiswa dipertahankan. Kita bertindak bukan atas dasar ingin menjatuhkan tetapi ini adalah prosedur yang perlu diikuti.

-6 - Kita bukan budak kecil yang tidak mengerti untuk disepak sesuka hati, akan tetapi mahasiswa yang matang berfikir yang mampu untuk bertindak apabila dikhianati.

FITNAH ini perlu dibersihkan.

"Jadi, kami ahli-ahli Tanta mendesak supaya KJ memohon maaf secara terbuka kepada Pengerusi serta ahli DPMT di atas tuduhan yang tidak bertanggungjawab tersebut. Tulisan KJ di Facebook menyebabkan semua orang dapat membacanya lantas menyebarkan fitnah. Ini soal maruah dan jangan pandang perkara ini sebagai perkara yang kecil! Diharapkan agar perkara tersebut tidak berlaku di muhafazah lain."

- Penulis bersama mereka dalam desakan ini.. link

Muhammad Hanif bin Jamaluddin
Pengerusi
Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal