Ape cerita? 18 Februari menyaksikan ke"tidak best"an ucapan penutup Khairi pegawai JPMK di dalam Majlis Perasmian Penutup Seminar Perubatan. Apa masalahnya? Program tersebut adalah Program Mega yang melibatkan jemputan dari Malaysia.
Tetapi malangnya beliau yang menggantikan tempat Pengarah JPMK, memberi ucapan seperti seorang yang "tidak bersedia" atau dengan kata lain, bidan terjun. Inilah sepertimana yang didengari oleh audience. Kalau saya dikatakan menuduh, ratusan pelajar Medic mendengarnya.
Program yang membarisi panel dari Malaysia di dalam bidang perubatan itu, telah memalukan mahasiswa perubatan sendiri apabila beliau "mengempen Karnival Sukan Timur Tengah" di dalam majlis penutup "Seminar Perubatan". Eh, apa salahnya..?
Ya la.. salah tempat.. Tempat tak kena. Seminar Perubatan yang menelan belanja puluhan ribu junaih, tetapi ditutup dengan ucapan "berkempen untuk sukan" yang langsung takda kena mengena dengan topik program.
Kenapa Pengarah JPMK sendiri tidak turun? Mungkin sibuk. Tapi bila ditengok dalam Facebook, rajin pulak bersama-sama Nadi UMNO. Gambar-gambar di bawah mendedahkan segala-galanya..
Agak-agak kat mana gambar ini ditangkap? Macam kenal je gambar belakang tu
Saya tak pasti, siapakah orang yang berada dalam bulatan ni..
Rajin mem"vacum" pejabat.. Eh pejabat mana ni?
Rajin mengecat.. Cat bilik mana ni? Tapi, macam bukan Pejabat JPMK. Habis pejabat ape?
Bukanlah di dalam ruangan ini bertujuan untuk memburukkan sesiapa, tetapi mempersoalkan "keprofessionalan" seorang pegawai. Kenapa sejak kebelakangan ini bekas Nadi UMNO Jordan yang dihantar ke sini untuk menjadi pegawai? Pelik..
Saya amat berharap sangat agar penghantaran mereka tidak bermotifkan politik. Tetapi apabila melihat gambar di atas tadi, rasa macam nak husnuzzon pun susah..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment