19 April 2010

Gadis 12 Tahun Bersin Lebih 12 000 Kali Sehari


Seorang anak gadis gred enam dari Chesapeak, Virginia, bersin sebanyak 12 kali per minit dan 12 000 kali sehari, telah membingungkan keluarga dan doktor. Dia tidak boleh duduk selama lebih daripada beberapa saat tanpa seseorang berkata "bless you."

Lauren Johnson yang berusia 12 tahun telah mengalami selsema sekitar dua minggu lalu. Setelah selsema hilang, bersin masih lagi terperangkap di dalam tubuhnya. Ia hanya berhenti ketika dia tidur.

Lynn Johnson, ibu Lauren, mengatakan ia menderita setiap kali dia mendengar puterinya bersin. Meskipun melawat beberapa doktor (termasuk hipnotis), dan mengambil ubat berbeza, keadaan misterius itu terus berlanjutan.

"Saya tidak boleh berhenti bersin. Ianya berlanjutan sekitar lapan hingga sembilan kali per minit," ujar Lauren yang bersin dua kali dalam tujuh saat.

Seorang neurologi mengatakan bahawa keadaan Lauren mungkin disebabkan oleh "irretractable psychogenic disorder" yang mungkin dicetuskan oleh stres.

Selama lima minit wawancara dalam rancangan Today Show, Lauren bersin ratusan kali, ucapannya terganggu setiap beberapa saat.

Tetapi pada hari biasa, dia boleh bersin lebih dari 12 000 kali.

Sumber - Daily Contributor

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal