11 June 2010

Mesej Khairi "Saya Akan Ambil Tindakan Disiplin..", Disiplinkan Diri Anda Dahulu

Kita tak akan mampu menghentikan putaran bumi. Maka, kita perlu bergerak lebih laju daripada putaran tersebut. Sekiranya anda berhenti daripada mengejar masa, masa akan potong anda. Janganlah berhenti daripada mengejarnya sehingga anda berjaya memotongnya...


Post kali ini, sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat pembaca, tentang satu mesej yang saya terima daripada Khairi (019 0051525) pada 20 Mei lalu. Mesej yang terlalu panjang, antara yang disebutkan ialah ..

.. Saya melihat terlalu banyak perkara yang saudara tulis boleh mengeruhkan keadaan. Sebagai penasihat pelajar, saya berharap saudara memberhentikan penulisan di blog saudara di ibnuirfadzil.blogspot.com khususnya berkaitan dengan fitnah terhadap kakitangan kerajaan, sebelum tindakan disiplin diambil. Harap maklum dan terima kasih. dari Atase Pendidikan JPMK s.k Pengarah JPMK...

Selain itu, di dalam facebook sahabat kita (link), Khairi berkata lagi..

Khairi Jalalluddin : Assalamulaikum, harap jangan memburukkan jabatan kerajaan sebelum tindakan disipilin diambil kepada saudara. Diminta saudara membuang borang tersebut kerana ada cop JPMK.

Borang yang dimaksudkan di sini ialah, "acara Sukan 1 Malaysia" yang paling menarik tu.. Beberapa ulasan daripada saya,

Siapa yang keruhkan keadaan? Siapa yang memfitnah siapa?

Lawak.. Baru-baru ini Khairi meminta Dato Razali Ibrahim untuk membangkitkan isu pelajar mengaku wakil kedutaan, di Sidang Dewan Rakyat. Beliau menulisnya di dalam ruangan Facebook Dato Razali Ibrahim bertarikh 6 Jun 7.43 pm. Minta Dato Razali bawa dalam Sidang Dewan Rakyat dengan hanya melalui Facebook? Khairi buat lawak.. (link)

Di dalam mesej yang dihantar kepada saya, persoalannya, siapa yang cakap tak betul? Siapa yang berjanji manis? Siapa yang fitnah siapa? Siapa yang cetuskan kekeruhan? Saya rasa persoalan ini telah diketahui oleh semua orang. Khairi memang putar belit pun. Tak habis-habis nak memalukan diri sendiri.

Acara Sukan 1 Malaysia

Satu lagi kekeliruan. Khairi telah menyiarkan borang dan acara sukan 1 Malaysia di dalam blog Rasmi wal Peribadi Atase. Tetapi apabila tersebar, marah pulak. Kenapa ya? Saya tak nampak yang logo JPMK tu disalahgunakan. Apa yang jelas tertera ialah acara yang agak kelakar tersebut.

Erm.. Saya bertambah pening dengan Sukan 1 Malaysia. Dengar kata semalam ada mesyuarat. Apa cerita? Tunggu post seterusnya. Anda akan terkejut sekiranya anda turut berada di dalam mesyuarat, dan anda lebih terkejut apabila mendapat tahu cara Khairi membawa mesyuarat.

Siapa yang masuk, anda akan tahu betapa "teraburnya" seorang pegawai JPMK mengendalikan mesyuarat. Tunggu post seterusnya. Saya cuma pertikaikan keprofessionalan beliau sebagai Pegawai Atase. Kalau beliau bertindak professional, saya akan puji beliau. Tetapi, apa yang terjadi sebaliknya.

Tindakan Disiplin

Sepatutnya Khairi sendiri yang perlu dikenakan tindakan disiplin. Antara kelakuan beliau yang tidak berdisiplin ialah, buat kerja tak professional sehingga menyebabkan kelewatan nama Qiraat. Kemudian beliau menyalahkan mahasiswa pula kerana menghantar nama lewat.

Selain itu, beliau juga dengan selambanya fitnah Pengerusi Tanta mengaku sebagai pegawai kedutaan. Beliau juga, sibuk sangat dengan Kelab UMNO sampaikan kerja bertimbun tidak selesai. Juga, buat kerja sambil berceloteh tentang PMRAM. Dan sebagainya.. tak larat nak sebut.. Boleh tengok post-post sebelum ini.

Jangan salahkan mahasiswa kalau Pegawai JPMK sendiri buat masalah. Jangan salahkan mahasiswa kalau Pegawai JPMK sendiri yang memalukan dirinya sendiri. WaLlahua'lam. Jangan masam-masam, senyum sikit.. :)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

9 comments:

bosz on June 11, 2010 at 11:24 PM said...

ramai lagi yang akan menyokong us Mujahid... kami akan lawan sampai habis...hantar KJ n Mohaimin Balik....

Unknown on June 12, 2010 at 12:07 AM said...

wooiitttt.....dgr kata pangkat dato dr sorg hamba allah kena tarik oleh JOhoR darul Khairi tu nak bagi pada Khairi jalaluddin..betoi ka?takkan khairi jalaluddin yg dapat...baik bagi kat khairi jamaluddin...huhuhuhihi..kahiri khairi mmg memalukan MSD n umno upco......

¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸M@sTuRa¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸ on June 12, 2010 at 1:22 AM said...

mcm ni ke pegawai yg kononya 'profesional'?. Kalau la betul us.Mujahid melanggar disiplin (tak th la disiplin apa), sepatutnya bg la surat ke notis amaran ke..apa ke. Ni hntr sms n tulis kat face book?.

Klakar sungguh la..

dr.muslimah on June 12, 2010 at 9:28 AM said...

hehe..nak gelak sat..lawak sungguh..by the way us.mujahid, dun worry, apa la yang nak dikisahkan sangat hal ni..bosz cakap tu betul..kami menyokong us..ingat kami semua ni budak sekolah ke apa, kena rotan duk diam?tu kat sekolah je, skang ni kita kat u.n.i.v...even just datang 'melancong' pun (untuk ana kot)..i know u wanna be HERO..but dun condemn urself to be ZERO..

Unknown on June 12, 2010 at 9:58 AM said...

takpe laa. kita tgk laa setakat mana dia boleh jadi hero. jgn hanya hero di sini balik malaysia sunyi sepi.

dr.muslimah on June 13, 2010 at 11:14 AM said...

"i know u wanna be HERO..but dun condemn urself to be ZERO.."..

kepada yang menggunakan id ibnuirfadzilbodoh (dan ini jelas bukan ustaz mujahid)- gelak lagi sekali..ini bukan untuk ustaz mujahid pun..it's for khairi n to u jugak..nak jadi hero kat sini tapi guna id ustaz mujahid tambah bodoh kat blakang..da la..

editorial on June 13, 2010 at 4:01 PM said...

memang nak kena KJ: Keldai Jadian JPMK ni... dah melampau sangat !

alias_safwan on June 14, 2010 at 12:03 AM said...

over bhse tu..hehe.. slow2 sket.. org die melenting lagi nanti..hehe..

Unknown on June 14, 2010 at 2:26 AM said...

"takpe laa. kita tgk laa setakat mana dia boleh jadi hero. jgn hanya hero di sini balik malaysia sunyi sepi"

kepada Dr.Muslimah.. ayat ni bkn khusus utk mujahid tu jee.. ayat ni umum.. utk u pun boleh jugak..

id boleh digubal berbagai2.. kdg2 ia boleh digunakan utk menunjukkan minat & impian seseorg, kdg2 ia juga boleh digunakan utk mencerminkan sifat seseorg.. ia juga boleh digunakan utk mengambarkan perasaan dan rasa ht seseorg.. so.. aku nak pakai id apa pun aku punya suka laa.. aku nak gambarkan perasaan aku ke, impian aku ke, sifat aku ke.. itu hak aku kan?..

yg ko tu pulak.. tak jd dokter dah selamber pakai id dokter tu pehal? dah yakin sgt ke satu hr nnt jd dokter? dah laa.. takyah laa nak jd heroin dkt sini..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal