28 June 2010

Siri Lawak Dunia Politik Dan Isu Militan Yang Makin Sejuk


Kes penangkapan Us Zulkifli baru-baru ini telah dimomokkan dengan isu militan. Bahkan, di dada-dada akhbar mendakwa bahawa penangkapan beliau “disyaki” terlibat dengan militan. Entah kenapa, angin takda, tiba-tiba pokok bergoyang. Rupa-rupanya ada beruk duk bergayut kat atas nun.

Eh, ada tak sesiapa perasan bumi Mesir sedang dilanda militan? Ada tak sahabat-sahabat saya yang membaca blog ini, merasai isu militan bangkit di Mesir. Oh, lawaknya berita militan ini. Bertambah lawak apabila ia dimomokkan oleh akhbar Malaysia ... akhbar Mesir, tidak pula kelihatan momokan ini.

Tapi, sejak 2 3 hari ini, tidak pula kedengaran isu militan. Adakah sedang cuba disejukkan? Atau ia disejukkan disebabkan penyertaan 40 orang ulama? Adakah mereka yang tidak join UMNO akan digelar militan? Tok Guru Haji Hadi digelar militan.. adakah kerana disebabkan tidak menyertai UMNO?

Lawaknya dunia politik ini.. macam-macam kerenah

ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal