23 June 2010

Agen Medik QAS : Ada Tak Sesiapa Yang Boleh Jelaskan Berita Ini?

Oh.. apa sudah jadi dengan Agen Perubatan di Mesir? Saya menerima satu email daripada seorang sahabat, untuk menyiarkan artikel di bawah ini. Di bawah ini disiarkan satu berita yang disiarkan di dalam Harian Metro 29 Mei 2010.

Perlu penuhi kelayakan akademik

KUALA LUMPUR: Disebabkan mahu melihat anak bergelar doktor, ada ibu bapa yang mendesak ejen mendapatkan tempat untuk anak mereka di mana-mana universiti di Mesir, walaupun keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mereka tidak cemerlang.

Pengurus QAS Management (M) Sdn Bhd, Norizah Ali berkata, pihaknya ada menemui kes seperti itu, namun tidak dapat membantu kerana kelayakan akademik yang cemerlang dimestikan.

"Ada di kalangan ibu bapa yang berduit datang kepada kami merayu supaya anak mereka juga dapat mengikuti bidang perubatan di universiti di Mesir.

"Disebabkan keputusan SPM tak cemerlang, kami tak dapat membantu," katanya mengulas laporan Harian Metro, semalam mengenai masalah sesetengah pelajar yang menggunakan khidmat ejen untuk mengikuti bidang perubatan di Mesir tetapi tidak diterima masuk di universiti terbabit.

Agen QAS? Di dalam dunia Facebook, telah dibuat satu akaun khas yang mengatakan QAS sebagai agen penipu. Di bawah ini beberapa capture tentang kemarahan terhadap Agen QAS yang disiarkan di dalam Facebook tersebut.

Dan lain-lain...

Apakah yang QAS lakukan? Penipuan? Songlap duit? Benarkah dakwaan Norizah Ali di dalam Harian Metro? Kalau ada sesiapa yang sudi untuk menjelaskan situasi ini, silakan. Dialu-alukan. - ibnuirfadzil

7 comments:

dr.muslimah on June 24, 2010 at 2:12 PM said...

Ayat dalam ni cam lawak je...before ana datang Mesir ni, En Zaini pernah gi jumpa ana kat Apartment Brunsfield Shah Alam..sebab ana belajar kat Shah Alam before datang cni..bila ditanya tentang keputusan SPM untuk melayakkan untuk datang ke Mesir, dia kata paling rendah B3 tapi kalau dapat B4 tu still leh adjust lagi la..nak masuk U mana pun leh adjust..but bila ana dengar RM52k, lupa da untuk apa, jadi ana terkejut..xpelah en zaini..tq je..untuk keterangan lanjut leh hubungi:

Encik Zaini bin Idris (019-3326583)

QAS Management (M) Sdn Bhd (257536-W)

14-2, Jalan USJ 9/5R, Subang Bussiness Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor D.E

Tel: 03-80244824

Faks: 03-80248155

Email: askme@qas.com.my

boleh refer http://syaeirah.blogspot.com/2010/06/kuantiti-vs-kualiti-agen-medik-di-mesir.html untuk list ejen lain..

anti-hero on January 21, 2013 at 10:26 AM said...

hmmm... banyak ketidakpuasan hati diluahkan melalui serangan peribadi, bukannya pada servis atau perkhidmatan yg telah diberikan.

Zura on April 3, 2015 at 3:55 AM said...

any other comment on this QAS ?

Unknown on August 29, 2015 at 1:45 PM said...

Mls nk ckp pe la. Lps bh bad review kt fb qas management. Br la sebok nk call. Padahal dlu, bile call makcik nur izzah bkn nain kasar bahasa. Konon2 mara akan biaya. Siap agent email utk dptkn bantuan nara. Bile call direct mara, mara ewsponse mane ade. Klu ade pun direct to student. Bkn melalui agent. Student kat turki, nk buat permohonan ke u pin uruskan sendiri. Xd pun agent qas dtg utk uruskan. So, payment 50k just utk exam, tpt tinggal mcm reban ayam, dgn tiket flight je.

Unknown on August 29, 2015 at 1:46 PM said...

aisy0709 on December 5, 2016 at 10:15 AM said...

sy salah sorg graduates dr indonesia dgn mnggunakan agen qas management..memang dari segi fees agak mahal tetapi mereka membantu sehingga kta mampu berdikari dan mendapat pinjaman/biasiswa.. masuk tahun ke2-akhir kami tidak lagi memerlukan bantuan agen ..sekarang sy telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 5tahun....

Post a Comment

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal