Di bawah ini berita yang disiarkan di dalam Harian Metro bertarikh 18 Jun. Tarikh yang sama Dato Seri Najib meminta cadangan supaya rakyat mencadangkan nama kucingnya..
150 kucing masuk pertandinganKUALA LUMPUR: Kelab Kucing Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Kucing Antarabangsa 2010 bertempat di Pusat Pameran Midvalley di sini, pada 27 Jun ini.Sebanyak 150 ekor kucing dari pelbagai spesis dijangka dipertandingkan termasuk dari jenis kucing berbulu panjang dan pendek antaranya Parsi, Norwegian Forest, Bengal, Siam, Birman, Kucing Malaysia, Maine Coon, Exotic Short Hair, Exotic Long Hair, Maine Coon, kucing tanpa bulu dari jenis Sphynx dan berbagai jenis kucing yang ganjil dan unik akan turut dipertandingkan.Penganjur dalam kenyataannya baru-baru ini, berkata pertandingan ini akan diadili pengadil antarabangsa dari Republik Czech, Martin Kabina dan Morten Olsen dari Norway.
Sekadar menyambung siri-siri lawak dalam dunia politik. Erm.. adakah beliau akan menghantar kucingnya menyertai pertandingan ini? Hehe.. Kalau kucing PM menang, mesti kecoh satu dunia lepas ni.. Ok.. Sekadar berita santai.
0 comments:
Post a Comment