Ingat ye.... jangan jadi merapu, bisu dan pengecut..
Spekulasi tentang militan sudah semakin membisu. Kemudian dunia politik berubah pula dengan kewujudan 100 ulama yang bakal menyertai UMNO. Saya tidak berminat untuk mengulas isu-isu yang merapu. Untuk pengetahuan umum, kalau nak carik ulama yang nak sertai UMNO, di Mesir ni, ada la sorang dua..
Bukan nak berpolitik sangat, tapi kesal dengan isu lesen judi, arak, dan beberapa lagi yang berkaitan. Duit negara sudah habis berbilion-bilion ringgit. Tetapi masih ada yang "dilabelkan" sebagai ulama untuk menyokong tindakan ini.
Seruan untuk mereka yang belajar di bumi Mesir, balik Malaysia nanti jangan jadi "ulama merapu". Jadilah ulama yang perjuangkan Islam. Jangan juga jadi "ulama bisu". Jadilah ulama yang bersuara. Jangan juga jadi "ulama pengecut", tetapi jadilah ulama yang berani.
Sebenarnya, apa nak dihairankan.. Mesir telah dilabelkan sebagai negara militan oleh Dato Seri Jamil Khir, dan Khairi Jalalluddin. Tidak hairanlah sekiranya dakwaan merapu pun boleh diapi-apikan menjadi satu "realiti".
Akhir zaman..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment