04 April 2010

Sempat Menjadi Billionaire Selama 5 Jam Sahaja


Apakah yang anda akan lakukan sekiranya akaun bank anda berbaki 89 Billion? Apa yang akan anda buat? Perkara ini berlaku kepada seorang pekedai barang kemas dari Florida iaitu Paul Fisher.

Apabila Paul Fisher menyemak akaun banknya Jumaat malam, beliau mendapati ada kejutan yang menggembirakan. Baki akaunnya tiba-tiba tercatat USD88,888,888,88.88. Satu angka bertuah, hampir mencecah USD89 Bilion.

Berita buruknya, ia sebenarnya hanyalah kesilapan teknikal oleh Suntrust Bank, yang kemudiannya cepat2 membetulkan masalah itu. Ia mungkin berlaku kepada akaun-akaun lain.

Sebelum masalah itu dibaiki, Mr Ficher mempunyai satu idea. Beliau meminta pihak bank memindahkan baki akaun ke satu akaun pelaburan sehinggalah ia dituntut semula dan dermakan jumlah bunga (interest) kepada badan kebajikan. Jumlah total bunga adalah lebih daripada $7.3 JUTA kalau benar-benar terjadi.

Pihak bank kata "tak boleh".

Wang tersebut telah ditarikbalik dari akuannya menjelang pagi Sabtu.

"Dah hilang, saya kembali miskin." kata Mr Fisher. "Tapi saya sempat jadi billionaire selama 5 jam."

link : http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=3722&mode=thread&order=0&thold=0

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal