Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

09 June 2010

Haflah Takrim al Qurra : Kalam Presiden PMRAM Dan Capture Best

Di bawah ini pula, temuramah bersama Presiden PMRAM, Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime di hari Haflah Takrim al Qurra 3 Jun lalu..




Baca seterusnya

Amanat Masyaikh Sempena Haflah Takrim al Qurra Anjuran Syoubra

Haflah Takrim al Qurra anjuran PMRAM Cawangan Syoubra yang telah diadakan pada 3 Jun. Sempat saya mencopy paste dari Blog Us Zulikhwan (link), Amanat Masyaikh sempena program tersebut.




Biodata Syeikh :

Maulana Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid

Dilahirkan pada 25/10/1943

Menuntut dengan ramai para ulama dan para qurra' di Mesir, Mekah dan Madinah. Antaranya :

- Syeikh Muhammad Ismail
- Syeikh Muhammad Mustofa
- Syeikh Muhammad Saqar
- Syeikh Khalil Zaqawi
- Syeikh Mustofa Zaqawi
- Syeikh Abdul Hakim

Bekas tenaga pengajar di Maahad al Qiraat

Kini merupakan Naib Pengerusi Lajnah Pentashih al Quran Mesir.

Web rasmi program : liqa-mahabbah.blogspot.com
Baca seterusnya

01 June 2010

Video-video Demostrasi Di Turki Dan New York

Rakyat Turki berang menyerbu kedutaan Israel di Istanbul




Demostrasi Anti Zionis di New York




Demostrasi Anti Zionis di hadapan White House

Baca seterusnya

Terkini : Video Bantahan Serangan Terhadap LL4G Di London

Demo bantahan serangan terhadap misi LL4G yang diadakan di London.. saksikan video ini. Demo bantahan di Malaysia akan diadakan di Kedutaan US pada 4 Jun nanti.. Berita akan menyusul.



Baca seterusnya

Video-video Kes Serangan Ke Atas Kapal Misi LifeLine4Gaza

Baca seterusnya

31 May 2010

Terkini : Lihat 2 Video Ini, Bagaimana Serangan Berlaku Ke Atas Misi LL4G

Saksikan dua video ini, lihat bagaimana Kapal LifeLine For Gaza diserang.. Jangan lupa solat Hajat dan Qunut Nazilah. Sahut seruan PMRAM!




Baca seterusnya

Terkini : Video Serangan Dan 16 Orang Mati

Terkini : Video serangan rejim Zionis.. Saksikan



Kematian mencecah 16 orang, Kapal Dirampas, 12 wakil Malaysia Berada Di Atas Kapal Mavi Marmara

Isnin , 31/05/2010 -Israel dilaporkan telah merampas 6 buah kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada Isnin (31/5) pagi, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel. Konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup saat mereka memasuki dan merampas kapal.

Sumber dari Prees TV pula melaporkan Syeikh Raed Solah, pemimpin pembebasan Palestin yang turut menyertai konvoi tersebut dilaporkan syahid. Laporan awal mengatakan beliau cedera parah. Walaubagaimanapun media HALUAPalestin masih berusaha untuk mendapatkan pengesahan dari IHH akan laporan kesyahidan beliau.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan.” katanya.

Saat ini ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai 12 orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama 4 orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM), Al Quds As Sharif dan Muslim Care. Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi; Saudara Solehuddin Shuib, Setiausaha CMT-LL4G Telefon: 019 5511 600.

Marilah sama-sama kita berdoa agar diselamatkan sukarelawan NGO yang berada diatas kapal dan Allah swt sentiasa memberikan keselamatan dan kebaikannya kepada mereka. Walau apapun yang berlaku diharapkan mereka sentiasa ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah swt.

sumber : HALUAN Palestin
Baca seterusnya

Terkini : Video Daripada al Jazera Berkenaan Serangan Ke Atas LL4G

Saksikan laporan daripada al Jazera berkenaan serangan yang dibuat ke atas Kapal LL4G yang datang untuk memberi bantuan kepada Palestin.

Baca seterusnya

Video Penghasilan Wallpaper PMRAM Termacho - By PMC


Bagaimana nak menghasilkan grafik yang paling macho di dunia yang telah saya postkan sebelum ini? (link).. Di sini terdapat video tutorial yang telah dibuat oleh PMC PMRAM untuk menghasilkan grafik yang macho.. Cuba.. jangan tak cuba..


Baca seterusnya

14 May 2010

Rakaman Ceramah Saya - "Kiamat Sudah Dekat"


Pada 8 April lalu, telah tamat sesi ceramah yang bertajuk "Kiamat Sudah Dekat" yang telah sampaikan di Bait Kauthar, Sayyidah Zainab. Ia adalah program anjuran Biro Pembangunan Insan, Perubatan Pusat. Ceramah ini saya sampaikan dalam masa tiga minggu, iaitu setiap hari Khamis malam Jumaat sahaja.

Di bawah ini adalah rakaman penuh ceramah tersebut, yang telah disediakan oleh Biro Pembangunan Insan. Terima kasih kepada kawan-kawan dalam perubatan. Untuk melihat berita tersebut, sila klik di sini.

Tanda-tanda Kiamat Yang Telah Berlaku












Tanda-tanda Kiamat Yang Sedang Berlaku





Tanda-tanda Kiamat Yang Akan Berlaku












Baca seterusnya

12 May 2010

Video : Isu Qiraat Dibawa Ke Kementerian Pengajian Tinggi


Berita tentang kezaliman terhadap mahasiswa Qiraat tersiar pula di dalam youtube, hari ini. Ia telah dibangkitkan oleh Setiausaha DPPP, Kamaruzzaman Mohamad menyerahkan memorandum kepada wakil KPT dip Putrajaya hari ini.

link

Baca seterusnya

11 May 2010

Slide Show Perasmian Muktamar Sanawi Ke 77 - Mantop


Diambil dari blog Ustaz Faizuddin BP PMRAM. Slide Show yang ditayangkan sebagai gimik perasmian Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77. Mantop.. Terima kasih wal tahniah saya ucapkan kepada pereka animasi. Teruskan sumbangan anda untuk PMRAM



Baca seterusnya

Mesti Tengok - Rakaman Majlis Di Rumah Perak 28 Mei


Pada 28 April lalu, telah diadakan Ramah Mesra bersama Delegasi dari Perak. Apa yang boleh disaksikan, berlaku beberapa perkara yang boleh menjadi tanda tanya. Antara yang boleh disimpulkan di sini, antaranya ialah :

1. Mahasiswa al Azhar dipandang serong

2. Surat perlantikan En Muhaimin sebagai pegawai Perak mengalami kekeliruan

3. En Muhaimin berjanji akan bekerjasama dengan PMRAM dan KPIPM

4. Cara En Zul pegawai JPMK menjawab soalan yang dilontarkan

5. Isu mahasiswa

6. PMRAM adalah platform rasmi mahasiswa Mesir

7. Isu Khairi fitnah Pengerusi DPMT

8. dan macam-macam..

Sila klik saluran TV KPIPM di bawah ini. Selamat menonton.














Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

26 April 2010

Video : Air Mata Di Muktamar Wafidin


Terima kasih zarkasyizamlukani (link video), yang sudi mengupload video rakaman Muktamar Wafidin. Terima kasih juga kepada USami yang tolong linkkan di dalam ruang shoutbox. Jom sama-sama kita saksikan video ini. Persoalan :

Di manakah perjuangan ISMA untuk memperjuangkan hak mahasiswa? Nadi UMNO lagi laaa..

Di manakah suara JPMK untuk turun berbincang? Atau mereka adalah tangan kotor yang empunya perancangan ini?

Baca seterusnya

20 April 2010

Video : Sotong Berebut Kamera Dengan Camera-man


GAMBAR menunjukkan seekor sotong sedang mencuri kamera video. Video ada di bawah


WELLINGTON - Seorang penyelam di New Zealand, Victor Huang yang sedang menyelam terkejut apabila seekor sotong mencuri sebuah kamera video miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian berlaku semasa Huang, 31, sedang merakamkan gambar sotong yang mempunyai lapan sesungut itu di luar pesisiran pantai di sini.

Tiba-tiba sotong itu bertindak agresif menyebabkan penyelam tersebut pantas bergerak ke permukaan laut kerana menyangka dia diserang oleh haiwan tersebut.

Namun, dia kemudian menyedari bahawa sotong berkenaan mengikutinya kerana ia cuma berminat dengan kamera videonya yang berharga NZ$754 (RM1,719).

Sotong itu kemudian merampas kamera itu daripada Huang semasa dia bergerak ke arah permukaan laut.

Huang kemudian kembali 'mengejar' sotong itu selama lima minit dan cuba mengalih perhatian dengan senapang lembing.

Apa yang lebih malang lagi ialah sesungut sotong itu turut merampas senapang lembingnya tetapi ia melepaskan kamera video ke dasar laut.

Kamera video itu merakamkan insiden itu yang kini boleh dilihat di bawah.

Baca seterusnya

18 April 2010

Video Kemalangan Ngeri Achik Spin

Achik Spin yang selamat dikebumikan siang tadi (waktu tempatan).. Video yang dirakamkan oleh kamera amatur (amatur laa sangat..) menunjukkan tragedi tersebut. Berhati-hati di jalan raya.. Di bawah video di bawah ini, gambar pengebumiannya.


Baca seterusnya

07 April 2010

Video Serangan Apache Di Baghdad



WASHINGTON: Sebuah laman web semalam menyiarkan video mengenai serangan tentera Amerika Syarikat menggunakan helikopter Apache ke atas Baghdad tiga tahun lalu yang mengorbankan dua kakitangan agensi berita Reuters.

Laman web WikiLeaks itu mengakui video berkenaan diperoleh daripada beberapa anggota tentera Amerika.

Klip video pada Julai 2007 itu menunjukkan gambaran dari atas beberapa lelaki di jalan raya Baghdad, termasuk dua yang kemudian dikenal pasti sebagai kakitangan Reuters, iaitu Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh.

Sekurang-kurangnya dua individu dalam video itu didakwa mereka membawa senjata tetapi kebanyakan mereka tidak bersenajata.

Juruterbang Apache berkenaan dikatakan melakukan kesilapan apabila memberitahu kamera yang dipegang dua kakitangan Reuters berkenaan adalah pelancar roket atau RPG.

Ketika itu, juruterbang Apache memaklumkan bahawa beliau mengesan “lima hingga enam orang bersama senjata AK-47” dan meminta kebenaran untuk menyerangnya.

Juruterbang Apache itu kemudian mula menembak dengan salah seorang di dalam pesawat memberitahu “mayat bergelimpangan di sana”

“Tengok semua ‘anak haram’ itu sudah mati,” kata seorang lagi rakannya.

Seorang lagi menjawab: “Ia (tembakan) hebat.”

Seorang daripada juruterbang itu mengarakan salah seorang lelaki yang cedera itu mengambil “senjatanya” supaya juruterbang itu boleh menembak semula ke arahnya.

Beberapa minit kemudian, sebuah van dilihat mengambil mangsa yang maut dan cedera sebelum ditembak balas oleh juruterbang Apache.

Dua kanak-kanak di dalam can berkenaan cedera sebelum diselamatkan tentera Amerika yang kemudian tiba di tempat kejadian.

Pegawai tentera Amerika bagaimanapun menyifatkan video itu “tidak memberi maklumat baru dan tidak lebih daripada rakaman videa.

“Sejak 2007, kami mengetahui semuanya yang terkandung dalam video itu.

“Kami mengetahui serangan yang berlaku di mana dua kakitangan Reuters terbunuh.

“Kami juga mengetahui dua kanak-kanak cedera,” kata pegawai berkenaan.

“Senjata RPG dalam video itu memang yang betul. Kami berdepan dengan musuh dan pemberita di kawasan tentera Amerika sedang menjalankan serang hendap.

“Pada masa sama tidak tidak boleh mengenal pasti dengan betul sama ada kakitangan Reuters itu membawa kamera atau senjata,” katanya.

Dalam satu kenyatannya, Ketua Pengarang Berita Reuters, David Schlesinger berkata, kematian Namir Noor-Eldeen dan Saeed Chmagh tiga tahun lalu adalah tragik dan lambang tahap bahaya yang tinggi apabila membuat liputan di zon perang. – AFP


Berita Kedua


WASHINGTON - Satu rakaman video rahsia yang memaparkan askar-askar Amerika Syarikat (AS) ketawa semasa melancarkan serangan udara dan membunuh 12 penduduk Iraq tersebar di Internet menerusi sebuah laman web.

Mangsa-mangsa yang mati itu termasuk seorang jurugambar Reuters, Namir Noor-Eldeen berusia 22 tahun dan pemandunya, Saeed Chmagh, 40.

Video hitam putih selama 17 minit itu dirakamkan dari tempat helikopter Apache milik tentera AS yang melancarkan serangan tersebut.

Pembunuhan itu bermula apabila sekumpulan penduduk yang sedang berkumpul di sebatang jalan di Baghdad ditembak dengan mesingan helikopter askar AS.

Beberapa penduduk kemudian cuba melarikan diri semasa kejadian tersebut.

Dua juruterbang dalam rakaman video itu sedang berbual dengan menyatakan pembunuhan itu mirip satu permainan video.

Beberapa lelaki yang melepaskan tembakan dengan menggunakan mesingan dari helikopter lantas ketawa: "Ha-ha sasaran saya kena."

Rakaman tersebut disahkan oleh tentera AS sebagai serangan yang berlaku di Baghdad pada 12 Julai 2007.
Baca seterusnya

01 April 2010

Video 22 Pelajar IPTA/IPTS Dihadap Di Mahkamah Syariah


Di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, 22 remaja lelaki dan 3 gadis yang juga pelajar IPTA/IPTS didakwa melakukan perbuatan tidak bermoral pada 15 November tahun lalu.

Hakim Syarie Kamaruzzaman Ali menjatuhkan hukuman denda antara RM2000-RM3000 terhadap 10 remaja lelaki selepas mereka mengaku bersalah manakala 12 remaja lelaki dan 3 gadis yang mengaku tidak bersalah dibebaskan dengan ikatjamin antara RM1500 hingga RM2500 dengan seorang penjamin.

Kes ini akan disebut semula 7 Julai ini.

Mahkamah juga turut memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap 6 remaja lelaki dan empat gadis kerana gagal hadir ke mahkamah.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 29 (1)(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor.

Semua mereka ditahan oleh penguatkuasa agama Islam Selangor pada jam 2.30 pagi 15 November tahun lalu di sebuah bilik di Intekma Resort Shah Alam Selangor.

Baca seterusnya

31 March 2010

Video Serbuan 100 Bilik Pelacuran Di Brickfields


sumber : bernama

Meskipun telah diserbu empat kali sejak 2007, 18 premis yang dijadikan sarang pelacuran di sekitar Brickfields di sini tidak serik dan terus menjalankan operasi.

Dalam operasi bersepadu terbaru pagi semalam oleh beberapa jabatan kerajaan, pihak berkuasa bertindak merampas pelbagai kemudahan di premis terbabit dan memecahkan sekatan-sekatan yang dijadikan lebih 100 bilik untuk tujuan pelacuran.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Rolan Abd. Rahman berkata kali terakhir premis itu diserbu adalah pada pertengahan tahun lalu.

"Dalam operasi hari ini (semalam) kami merampas kemudahan-kemudahan yang terdapat di premis itu seperti televisyen, kipas dan tilam," katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Operasi itu melibatkan DBKL, polis, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) dan Tenaga Nasional Bhd. (TNB).

Bekalan air dan elektrik ke premis terbabit dipotong oleh Syabas dan TNB.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana operasi semalam itu telah dimaklumkan terlebih dahulu kepada penyewa premis terbabit.

"Kita beri notis kepada mereka kerana ini arahan daripada Datuk Bandar, Datuk Ahmad Fuad Ismail sebab penyewa membina sekatan untuk dijadikan beberapa bilik dan juga menggunakan premis itu untuk tujuan yang tidak dibenarkan," katanya.

Rolan berkata, pihaknya akan mengesan pemilik premis terbabit untuk menasihatkan mereka agar menyewakan premis bagi tujuan perniagaan lain dan bukannya untuk pelacuran. - Bernama

Baca seterusnya

Video Penemuan Janin Dalam Balang


Janin sebesar dua jari dijumpai dalam balang plastik bertutup di hadapan pintu pagar, Tokong Foo Yan dekat Jinjang Utara, Jinjang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, janin yang dipercayai lelaki itu dijumpai seorang lelaki yang juga penjaga di tokong itu kira-kira 11.30 malam ketika dia meronda di tokong itu.

"Janin yang masih bertali pusat dengan panjang kira-kira 10sm itu dianggar empat bulan dan cukup sifat," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian. Janin itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur. -Bernama

Baca seterusnya
 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal