Perokok remaja perempuan lebih banyak berbanding lelaki
11/06/2010 6:07pm
KUALA LUMPUR — Peratusan perokok remaja perempuan yang kini melebihi perokok remaja lelaki adalah sangat membimbangkan, lebih-lebih lagi ada remaja perempuan yang mula merokok sebelum umur 10 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Beliau memetik kajian Tinjauan Morbiditi dan Mortaliti Kebangsaan pada tahun 2003 yang mendapati peratusan remaja perempuan merokok adalah sekali ganda iaitu 28.8 peratus berbanding lelaki sebanyak 14.1 peratus.
"Trend ini adalah sangat membimbangkan kerana ia menunjukkan peningkatan yang serius perokok wanita, dari peringkat umur yang masih muda lagi.
"Diramalkan jika corak ini dibiarkan berterusan, penggunaan tembakau sepanjang hayat akan mengakibatkan kematian total 250 juta remaja (seluruh dunia),” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2010 peringkat Institut Perubatan Respiratori di sini hari ini.
Rosnah berkata, tabiat merokok di kalangan remaja perempuan antara lain disebabkan pengaruh iklan yang menjanjikan kecantikan fizikal dan penyelesaian kepada cara menguruskan badan. - Bernama
0 comments:
Post a Comment