Hari demi hari, Sukan 1 Malaysia semakin hampir. Peruntukan sebanyak LE 0.5 juta bukanlah bilangan yang sedikit. Kalau dilesapkan, pasti kaya. Bukanlah saya nak tuduh sesiapa, tetapi saya meletakkan kebimbangan dengan wang tersebut.
Kebimbangan ini sudah lama tercetus. Apabila saya melihat perjalanan “sebelum” Sukan 1 Malaysia, sudah bertimbun-timbun keraguan dan kesangsian terhadap program ini. Saya telah menyenaraikannya di dalam artikel di bawah :
Apabila sesuatu program itu dilihat terumbang ambing, dan tidak tersusun dengan teratur, maka berkemungkinan besar duit peruntukan tersebut boleh lesap begitu sahaja tanpa diketahui.
Contoh yang boleh dilihat, sepanjang penglibatan saya di dalam PMRAM, setiap satu sen yang kita belanjakan daripada duit peruntukan program akan ditanya, dan catit di dalam akaun. Kemudian dimuhasabahkan di akhir mesyuarat.
Sebab itulah saya meletakkan kebimbangan terhadap LE 0.5 juta ini. Kerana ia terlalu banyak untuk membuat program sukaneka seperti itu. Ke manakah perginya baki kewangan tersebut nanti? Benarkah hasil laporan kewangan, sama seperti pengeluarannya nanti?
Apabila melihat perjalanan “sebelum” program yang tidak teratur, maka disebabkan inilah saya melahirkan kebimbangan ini. Apabila saya melihat gambar AJK program yang telah disiarkan sebelum ini, saya bertanya dalam hati, adakah mereka benar-benar AJK Program?
Saya bertanya, adakah wajah-wajah ini akan mengadakan program sukaneka? Ketika itu, saya terbayang wajah mereka menyampaikan taklimat disiplin, wajah mereka yang mengikat tali untuk dibuat jaring, wajah mereka yang menyusun kon-kon untuk permainan yang lain.. Macam ada tak kena.
Apatah lagi wajah-wajah mereka yang sibuk-sibuk meniup wisel, membungkus air di dalam plastik untuk acara baling-baling sayang.. isy.. saya berbisik “macam tak percaya” dan macam ada serba tak kena. Apatah lagi dengan duit LE 0.5 juta. Lagi laaa.. Tambahan pula, setiap peserta diminta untuk membayar LE 10 setiap seorang. Eh? Tak cukupkah LE 0.5 juta itu? Pendaftaran ni nak salur ke mana pula?
Saya bimbang, apabila program berlangsung nanti, mereka akan berkata “ha.. untuk laksanakan program ini, kita bagi budak-budak je.. duit kita pegang.. kalau depa nak duit... mintak je..” Akhirnya program ini digerakkan oleh mahasiswa yang dianggap sebagai budak, dan duit tersebut akan dibolot oleh orang-orang yang tak berguna.
Sekadar inilah kebimbangan yang boleh saya luahkan di sini.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment