24 June 2010

Penjara Versi Zionis : Siapa Memasukinya, Seperti Berada Di Alam Lain

Gambar hiasan..

Terbaca berita di Eramuslim 23 Jun. Ynet telah melaporkan bahawa Zionis mempunyai penjara rahsia yang mempunyai ciri-ciri penjara yang paling ganaz. Iaitu, mereka yang ditahan di penjara tersebut, berseorang diri, dibenteng 2 lapis dinding, kedudukan yang tidak dapat dikesan dan sebagainya.

Atau dengan kata lain, siapa masuk penjara tu, seolah-olah masuk alam lain. Alam yang hanya bersaiz beberapa meter, dan langsung tidak dapat diketahui kewujudannya. Ynet memberitahu bahawa antara mangsa yang dipenjarakan di situ ialah Mr X.

** Ynet menyifatkan bahawa ada seorang mangsa, tetapi tidak diketahui dan sangat dirahsiakan.

Mr X ditahan di Penjara Ayalon, Unit 15. Kedudukannya seperti "terpisah 100% daripada dunia luar". Dan seolah-olah "tiada identiti". Atau dengan kata lain, mangsa penjara ini "akan kehilangan identitinya".

Setelah beberapa ketika, berita tersebut tidak lagi disiarkan. The Telegraph memberitahu bahawa berita tersebut telah disekat oleh Israel daripada tersebar.


Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
ibnuirfadzil.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal