15 March 2010

Malaysia Dan Dakwah Non Muslim


1. Nabi SAW bermula dengan menyebarkan dakwah kepada non Muslim. Maka, sebelum sebaran dakwah tersebut dibuat, Baginda SAW mempunyai watak yang boleh dipercayai oleh semua orang. Maka seorang pendakwah haruslah mempamerkan watak sebagai seorang muslim, sebelum menyebarkannya kepada non muslim.

2. Non muslim terbahagi kepada beberapa jenis :

a. Harbi
b. Zimmi

Harbi ialah orang bukan Islam yang menentang Islam secara jelas. Contohnya orang kafir pada zaman Baginda SAW yang berperang menentang Baginda SAW. Zimmi ialah orang kafir yang tidak menentang Islam.

3. Selain itu, non muslim juga terbahagi kepada :

a. Mereka yang memahami tentang Islam
b. Mereka yang tidak mengetahui tentang Islam

Mereka yang memahami tentang Islam contohnya seperti Orientalis yang hebat dalam ilmu-ilmu agama, tetapi enggan memeluk Islam. Manakala mereka yang jahil tentang Islam, tidak boleh disamakan dengan mereka yang memahami Islam.

4. Dakwah untuk beberapa peringkat di kalangan mereka adalah berbeza. Contohnya :

a. Kafir harbi perlu ditentang sepertimana mereka menentang Islam
b. Kafir zimmi perlu dijaga dan dipelihara hak mereka
c. Mereka yang memahami Islam, tetapi enggan menerimanya hendaklah disampaikan dengan cara memberi amaran, atau berdebat.
d. Mereka yang tidak memahami tentang Islam, haruslah menggunakan pendekatan lembut, terbuka, mudah dan sebagainya.

5. Orang Islam hari ini gagal membezakan cara dakwah mereka terhadap non muslim. Maka,...

a. Mereka bekerjasama dengan kafir harbi dalam peristiwa "kejatuhan Iraq".
b. Mereka menafikan hak kafir zimmi sepertimana yang terjadi di Malaysia hari ini.
c. Mereka membiarkan orang kafir yang memahami tentang Islam, menyampaikan dakyah sesat kepada anak muda kita. Contohnya Skin Head, Punk, Nazi dan sebagainya.
d. Mereka menyempitkan Islam apabila bukan Islam yang jahil tentang Islam ingin mempelajari tentang Islam.

6. Apabila non Muslim ingin mengenal Islam, mereka mendapati Islam yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia terlalu teruk. Antaranya :

a. Digambarkan di dalam filem Antara Garisan, Islam berhak membelasah beramai-ramai seorang pelacur, sedangkan ia bertentangan dengan Islam.
b. Juga digambarkan di dalam filem yang sama, Islam membenarkan lelaki bersekedudukan dengan perempuan, disebabkan dharurat kononnya.
c. Digambarkan di dalam filem Perempuan Berkalung Serban, pengajian di pondok adalah jumud dan tidak terbuka.
d. Digambarkan di dalam filem yang sama, hukuman rejam boleh dilakukan begitu sahaja tanpa sebarang bukti dan saksi. Ia jelas bertentangan dengan Islam.
e. Digambarkan di dalam filem Gubra, Islam itu sama sahaja dengan agama-agama lain, apa yang membezakan hanyalah cara ibadah. Ini juga jelas bertentangan dengan Islam.
f. Banyak lagi...

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal