29 March 2010

Siapa Nak Bukti Isu Maksiat Di Bumi Mesir?


Selama ini, saya masih “tidak sanggup” untuk mendedahkan perkara sebegini. Tetapi apabila Us Hairul sudah mula “memanaskan” keadaan di dalam blognya, jadi, saya pun lebih berkeyakinan untuk memberitahu kepada semua tentang apa yang berlaku.

Pada 19 Mac lalu, saya telah dipertemukan oleh Allah dengan seorang “hamba Allah” yang dirahsiakan nama dan negerinya.. Setelah bersembang itu dan ini, terkejut hati ini apabila beliau mengatakan bahawa beliau pernah masuk ke kelab malam (disko) dengan bantuan seorang abang arab.

Beliau memberitahu beberapa senarai disko yang terletak di “bawah tanah”. Nak masuk disko tersebut perlu berpasangan lelaki dan perempuan. Kalau tak, tidak dibenarkan masuk. Hamba Allah ini memberitahu bahawa dia masuk guna orang Arab, jadi tak perlu pasangan. Atau dengan kata lain, masuk guna pintu belakang.

Dia menceritakan bahawa setiap kali memasuki disko-disko tersebut, dia akan menemui beberapa orang Melayu.. Memang sah Melayu.. Kalau indon baik tak payah cerita. Biasanya untuk menghabiskan perbelanjaan di dalam disko, sebanyak LE 800 satu malam, itupun kalau tak jual badan.

Kalau jual badan, dapat income sikit. Jual badan kepada siapa? Telinga saya tidak mendengar hamba Allah itu mengatakan jual badan kepada Arab.. tapi, tak tahulah saya, dengan siapa lagi nak jual. Aktiviti zina sesama Melayu dah biasa dahhh... Telinga ini cepat pulak tangkap ayat ini.

Eh, bagaimana pula dengan arak? Jawabnya.. dalam disko mana yang takda arak.. abis mereka pun tonggang jugak ke? Dia menjawab : 800 tu termasuk sekali la.. satu pakej.. Perghh!! Arak pun dah jadi perkara biasa.

Bila ditanya, hang kenal tak siapa mereka tu?.. Ana tak kenal pun.. adus.. Susah jugak. Tapi kadangkala bertemu dengan orang yang sama di disko-disko yang berlainan. Fuh... sakit betul telinga ni. Kondom-kondom ni biasa je.. Dah biasa tengok kat situ.. dalam poket, dalam beg dan ... arghh pening.. Saya dengar pun pening..

Tanpa banyak cakap, saya ambil nombor telefon hamba Allah itu, dan beberapa identiti beliau. Saya juga telah melaporkan kepada hisbah untuk dibangkitkan dalam mesyuarat. Terima kasih kepada HISBAH, dan saya bersedia untuk bersama dalam mengatasi masalah ini.

Adakah hamba Allah ni reka cerita saja? Hakikatnya anda akan tahu kebenaran cerita ini sekiranya saya mendedahkan keseluruhan isi cerita. Ada beberapa babak yang tidak boleh diceritakan di sini. Semuanya penuh fakta!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

p/s : Perkataan orang yang diboldkan ditukar daripada perkataan "haram jadah" pada 11 April. Mohon maaf sekiranya perkataan ini agak kasar. Sekiranya terdapat perkataan lain lagi yang tidak sesuai, sila maklumkan di ruangan komen. Terima kasih.

13 comments:

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum

Mujahid, ni abg sepupu dr kg dr Selatan. Kemungkaran tu wajib dicegah. Usahakan dgn segala cara yg dibenarkan utk mencegahnya. Adik2 Mujahid di Ipoh pun masih kecil2. Usahakan utk jaga muslimah2 di Mesir, mudah2an Allah swt akan jaga adik2 Mujahid di tanahair. Jangan biarkan alasan2 menghalang usaha menegakkan kebenaran.

Wassallam..

Anonymous said...

bagus ko nak cegah kemungkaran tapi cara ayat ko pun cam bangsat gak kn... dakwah ko macam taik la

Anonymous said...

[bagus ko nak cegah kemungkaran tapi cara ayat ko pun cam bangsat gak kn... dakwah ko macam taik la]

pasal ko pon ahli maksiat kan??? bangsat + bebal!!

Anonymous said...

salam..
maaf jikalau soklan saya ini tak appropriate.
di manakah berlakunya gejala sebegini.
kaherah ataw iskadariah..?
mengapa setelah 2 tahun saya di mesir ini tak pernah skali pon saya dengar cerita begini..?
bukan tidak percaya, namun sukar utk saya mnerima kjadian sbegini berlaku di mesir.
wallahualam.

Anonymous said...

msuk ngn bantuan arab konon...ntah2 same je sume...arab mne baek nk tlg msuk ikot pintu blkg??? bodoh...nk buat crita x pk dlu...kat malaysia tu blambak ag kes mcm nih...x trase nk mencegah ke ahh??? pegi blek melaysia la ko kalau rase nk cegah maksiat sgt...pndai btol buat crita...ko x malu ke ko dk mesir tapi ktuk dak2 msia kt mesir...mcm x rase ktok diri sdri ke??? perfect sgt ke diri tuh??? ksu maksiat die mesir konon...heboh la lagi bnd burok msia bwt kt mesir ni...biar smp mlysia da xbg blaja kt sini lagi...bia mlaysia tarik balik sume scholarship...ngan ko pon kena blik skali...blaja kt mlysia...kn xde maksiat kt sn...ni yg ko nk sgt kn...huh...BODOH!!

Anonymous said...

menyelesaikn masalah bukan dengan cara mengeluarkn kate2 kesat..
ini menampakkn imej yg jelas begitu mundur dan terpengaru dgn emosi..
beginikah cara orang yg ingin menyampaikn dakwah??
fikir-fikirkanlah..!!!

Anonymous said...

http://pencegah-infopalsu.blogspot.com/2010/04/tranungkite-annual-dinner-kebodohan.html

Anonymous said...

salam....terus terang ana rasa enta2 semua xpayah lah nak dedahkan bebende aib mcm ni sbb memburukkan nama budak2 mesir jer. Bukan mcm tu saja, yang ana peliknye, asal bebender buruk ni orang riuh sangat sebut, sedangkan kalau bebende baik yang sebesar gajah pulak orang dengar macam suara semut jer. Tambahan pulak, kalau orang2 malaysia yang baca bebende ni, kompom diorang terus salah faham dan terus hukum semua budak2 mesir teruk, padahal yang teruk tu kalau nak dinisbahkan dengan jumlah student sini macam boleh dikira dengan jari jer. Ana sedih betul bila baca blog tranungkite tu, macam ni:-

"Saya dah banyak dah dengar berita2 aneh dari kawan2 yang lepasan student Egypt. dan saya jumpe link2 yang mendedahkan perkara2 yang sungguh menjijikkan!!! tidak mustahil satu hari nanti akan lahir ulama jahat dari Egypt! Mereka akan pulang ke tanah air dan merosakkan anak bangsa di tanah Melayu ini!"

Padahal sebenarnya malaysia tu dah memang teruk tahap karma dah, budak2 yang wat masalah tu sebenarnya dari malaysia lg memng dah mcm tu, bila dah duduk jauh ni, lagi banyak peluang nak bermaharaja lela sbb mak bapak xder nak kawal.
Yang paling sadisnya adalah bila orang yang tak tahu hujung pangkal bender sebenar tuduh budak mesir macam tu, siap cakap nak merosakkan anak bangsa lagi. Tolong lah! Ana memang tak redha dengan fitnah2 macam ni sebab fitnah2 ni telah merosakkan nama baik pelajar2 al-azhar! Ana nak dia datang tengok sendiri suasana pembelajaran disini macam mana, macam mana pergaulan disini. Bukan semua yang jadi teruk, segelintir sahaja, kenapa x sebutkan pulak golongan lain yang sibuk menuntut ilmu di masjid2? yang tidak lekang daripada berdampingan dengan syeikh2? yang tak jemu menghadiri majlis2 ilmu yang selalu dianjurkan di rumah2 negeri dan macam2 lagi?!
Artikel2 mcm ni telah menyebabkan masyarakat boleh hilang kepercayaan dengan kredibiliti pelajar2 disini. Kerana nila setitik, rosak susu sebelangan. Anak betul2 sedih dan rasa terkilan kerana ana juga merupakan seorang pelajar disini. Dan sesungguhnya ana memang tidak redha jika artikel2 sedemikianlah menjadi penyebab kepada hilangnya kepercayaan masyarakat pada anak-anak mesir... wallahua'lam.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum

Si munafik akan bantu membantu atas kemunafikannya, yg beriman akan bantu membantu atas keimanannya. Pilihla sendiri nak berada dimana. Kenapa nak marah terhadap pendedahan perkara maksiat yg sepatutnya menjadikan kita sedar dan lebih berhati2. Hanya si maksiat saja yg marah kepada pendedahan perkara yg maksiat sebab ingin menyembunyikannya.

Saudara2 semua diberikan kelebihan oleh Allah swt diatas ramai lagi yg lain utk menuntut ilmu di bumi Mesir, apakah saudara disana semata2 dgn tujuan menuntut ilmu?

Kami di tanah air memang memandang tinggi pelajar2 lulusan Mesir, tetapi malang...sebahagian pelajar yg balik sendiri yg mengotorkannya. Memang bukan semua, tapi jangan marah kpd yg membuat penilaian kalau sebahagian dari saudara2 lah yg sebenarnya menjadi punca kepada perubahan pandangan tu.

Kalau saudara nak saudara2 dipandang tinggi, laksanakan apa yg patut saudara2 laksanakan, apa yg Mujahid sebutkan mungkin saja cuma satu dakwaan, tapi apakah saudara ini tidak boleh membuat siasatan utk memastikan kebenarannya supaya dapat diatasi jika ia benar2 berlaku?

Ogr yg jauh memang xtau apa yg saudara2 lakukan disana, tetapi Allah swt pasti tau dan saudara sendiri lebih arif perkara. Saudara2 boleh nafikan dihadapan org yg jauh, tapi dihadapan Allah swt nak kata apa?

Salam..

Puteri Dollyca on April 14, 2010 at 2:57 PM said...

assalammualaikum...
saya punya sahabat yg hampir menjadi suami. Dia seorang ustaz yg mendapat pendidikan di bumi mesir. x perlu saya detailkan. hanya sekadar kongsi. ya allah hati saya hancur lebur apabila tahu kehidupan sebenar dia. Zina dibumi mesir perkara biasa. arak perkara biasa. ganja perkara biasa. Malah dia pernah memberitahu saya yg dia selalu didalam pengaruh arak dan ganja ketika menghafaz ayat 2 al-quran.

subhanallah.. allah maha adil.. balik ke malaysia kehidupan x sebagus mana pun. kini dia seorang ustaz di sebuah sekolah. hancur hati saya kerana tertipu dengan perwatakannya selama ini. Segalanya adalah luahan dari mulut dia sendiri.. saya x kata seorang ustaz x boleh melakukan kesalahan. cuma apa yg saya nak perkatakan... kita umat islam semakin lemah.. kita harus bangun dan perangi godaan 2 dunia akhir zaman ini. umat islam harus bersatu. jika kita bersatu... x mungkin ada yg berani malah kita saling menjaga diri antara satu sama lain.

Yang paling mengecewakan lagi... dia tidak menyesal malah selalu memanipulasi agama.. contohnya dia berzina dengan ramai wanita dan berkata.. "dengan izin allah jua dia berzina.." sakitnya hati...

Ibnu Ir Fadzil on April 14, 2010 at 9:37 PM said...

Ha.. sebenarnya orang tu bukan "ustaz".. dia menyamar jadi ustaz. Tolong jangan samakan di antara "ustaz" dan "orang yang menyamar jadi ustaz".

orang on April 16, 2010 at 8:54 AM said...
This comment has been removed by the author.
kalam_sufi on July 24, 2010 at 11:13 AM said...

Allahurabbi..

Ana rasa terpanggil utk memberi pdgn dr hati..terkjut jua ada akn apa yg tlh dinukilkn oleh yg berbahgia ust hairul nizam..kenal sungguh perwatakan dan akhlak beliau..dan pabila beliau mendedahkan perkara ini kemungkinan ianya berlaku..

Sepanjang menuntut disana ada juga kedengaran perihal ini..tapi mungkin x dihebah2kan..

apa2 pun ana sokong 100% usaha semua pihak khususnya PMRAM..dan bg pdpt2 di ats yg pelik ntah barang pe tidak scara tba2 melenting itu tdkla di fahami..

Hanya hati yg keras dan gelap shj yg menafikan kebenaran dan kelazatan iman wa ihsan..

Teruskan perjuangan kalian shbt2 di ardil kinanah..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal