Satu lontaran daripada saya kepada kawan-kawan di dalam ISMA Mesir. Akan berlangsung pilihanraya PMRAM tidak lama lagi. Walaupun selama ini sememangnya ISMA “tidak akan” menghantar wakil mereka untuk menjadi BP PMRAM, namun, mereka masih lagi enggan untuk mengundi.
Kita lihat nanti. Berapa ramaikah ahli-ahli ISMA yang akan turun mengundi? Mereka langsung tidak pedulikan isu semasa yang sedang berlaku di kalangan Melayu Mesir. Mereka hanya berada di dalam bakul mereka sendiri, entah sehingga bila. Ayat ini mungkin agak keras, tetapi bertujuan “menggerakkan” hati mereka untuk turut bersama dalam memperjuangkan kebajikan dan tarbiah untuk ahli sepertimana yang mereka perjuangkan selama ini.
Dua soalan, kenapakah selama ini ISMA tidak menghantar wakil mereka untuk bertanding di dalam PMRAM? Dan, kenapakah mereka hanya bertanding di cawangan-cawangan PMRAM seperti di Mansurah, dan lain-lain?
Selama ini, apabila ISMA bertanding di cawangan-cawangan PMRAM atau Negeri, mereka sukar untuk menang. Jelas membuktikan bahawa mereka sukar diterima masyarakat Melayu Mesir. Lalu, mereka membina satu jemaah baru pada 2008, untuk menaikkan diri mereka sendiri menjadi sebuah persatuan, kerana kegagalan mereka untuk mendapatkan kuasa di dalam PMRAM.
Kalau dihitun-hitung, dulu pernah sahaja ISMA bertanding sebagai BP PMRAM, bahkan pernah menjawat jawatan tersebut, tetapi sekarang ini tidak. Dulu mereka bergelar Alami, dan hari ini ISMA. Persoalan seterusnya, adakah mereka akan turun mengundi?
Soalan ini dibalas dengan jawapan yang berbentuk soalan, iaitu “siapakah yang mereka akan undi?”. Saya menyeru kepada semua ahli ISMA yang sudah berdaftar sebagai ahli PMRAM (syarat mengundi), supaya turun mengundi. PMRAM terbuka, dan tidak pernah menyekat ahlinya. Silakan datang mengundi, dan berkempen.
Kalau tidak mahu mengundi, sekurang-kurangnya mereka pasti menghantar spy-spy mereka untuk melihat perjalanan pilihanraya. Kenapa perlu hantar spy-spy?... Hantar sahaja semua orang ahlinya. Silakan. Kuota yang dibuka untuk Muktamar Sanawi dibuka luas. Pastikan anda hadiri!
Eh, nak tanya.. Bila masa pulak ISMA buat muktamar sanawi? Bagaimana exco mereka boleh dilantik? Siapa lantik siapa? Entahlah.. Kenapa perlu sorokkan persatuan mereka? Kenapa perlu sorokkan tarbiah mereka yang dikatakan begitu hebat? Mungkin soalan ini semua orang sudah tahu, kecuali saya. Saya pun berharap begitu.
Wahai ahli ISMA, kalau kamu dakwa kamu hebat dalam PMRAM, marilah datang untuk sama-sama bangunkan PMRAM. Kamu sengaja merosakkan PMRAM kerana kamu dakwa PMRAM itu kurang tarbiah. Tetapi dimanakah kamu untuk betulkan situasi ini andai kata kamu benar?
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment