20 March 2010

Blog Mini Pavilion Pernah Dihacker!


Blog mini pavilion pernah dihacker pada jun 2009 lalu. Mungkin kerana terlalu panas dalam melontarkan isu Palestin. Anda bagaimana? Siapakah yang menghacker? Sempat saya bertemu dengan Ustaz Moin, seorang aktivis PMRAM yang terkenal dengan jawatankuasa ini.

Beliau berkata bahawa dia menghidu terdapat serangan oleh pihak blogger atau lebih dikenali sebagai “jawatankuasa” pencipta blog. Beliau berkata lagi, baru-baru ini, di ruangan “dashboard” blog ini telah diberi amaran keras oleh pihak blog, sekiranya tidak men”delete” isi kandungannya, blog ini akan di”hentam” sekali lagi sepertimana yang terjadi pada 2009 lalu.

Wah… Hebat sungguh PMRAM ini. Saya berkata kepada isteri saya, PMRAM ini sudah umpama sebuah kerajaan yang digeruni! Dalam satu-satu masa, web rasmi pmram.org pernah dikunjungi sekitar 70 orang (dalam satu-satu masa) ! Kadangkala bertambah, dan kadangkala berkurangan.

Tidak hairanlah, buka blog manhal, ada PMRAM. Mini Pavalion lagilah.. Dana Apartment lagi dan sebagainya. Anda boleh tengok sendiri di ruangan “pautan” di web rasmi PMRAM. PMRAM akan kuasai media tak lama lagi!

Bermula hari ini, sedikit demi sedikit penguasaan PMRAM terhadap media. Lihatlah di ruangan facebook.. Lama kelamaan ia akan dibanjiri dengan pejuang-pejuang PMRAM!

Seorang sahabat pernah berkata, aktivis-aktivis di Pakistan pernah mendaftarkan diri di dalam Facebook beramai-ramai. Sehinggakan ia sudah menjadi seperti gelombang media yang mereka cipta. Akhirnya kesemua facebook mereka disekat serta merta oleh “admin” facebook… Mereka juga takut!

Ya, mereka takut dengan media yang mereka cipta sendiri. Walaupun pada mulanya ia bertujuan menyerang pemikiran umat Islam, hari ini senjata itu telah memakan diri mereka sendiri.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal