26 March 2010

Laporan Kursus Teknikel PMC HEWI

sumber :
hewipmram55.blogspot.com



KAHERAH,24 MAc - Satu program yang telah dirancang dibawah Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM iaitu unit PMRAM Multimedia Centre (PMC) khususnya siswi telah diadakan di dewan Soleh Al-Misri PMRAM cawangan Pulau Pinang untuk memberi pendedahan teknikal kepada ahli PMC siswi. Kursus bengkel teknikal yang dipengarahkan oleh Timbalan Pengarah PMC ustazah Noor Fadhilah Hassan telah disertai oleh ahli PMC siswi seramai 20 peserta.

Kursus bermula jam 1.30 petang dengan pengisian teori teknikal yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid dan seterusnya praktikal teknikal yang disampaikan oleh Ustaz Azfa. Komitmen yang jitu telah diberikan oleh ahli PMC siswi dalam melakukan praktikal teknikal. Setiap peserta dibahagikan kepada dua kumpulan untuk aktiviti praktikal teknikal.Kursus selama 6 jam tersebut bersurai pada jam 7 malam.

Harapan daripada ketua Unit Penerangan & Penerbitan HEWI PMRAM ustazah ibtisam Mohamad kepada seluruh peserta supaya memahami konsep gerak kerja PMC sendiri dan terus mengaplikasi kemahiran yang ada dengan menyumbangkan kemahiran dalam bentuk praktikal melalui program-program PMRAM. Selain itu juga,peserta dinasihatkan supaya ajarkan kemahiran yang ada kepada mahasiswi baru untuk membina pelapis dalam unit PMC khususnya dan PMRAM amnya. Bersama menongkah arus cabaran teknologi masakini.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal