25 March 2010

Menyamar Sebagai Mabahiz


Semalam (24 Mac) berlaku satu ensiden pelik, seorang remaja arab mengaku sebagai mabahiz (pegawai penyiasat polis) lalu memasuki sebuah rumah sewa pelajar Selangor di Hayyu Asyir.

Apabila ditanya kepada remaja tersebut supaya menunjukkan kad pengenalan sebagai pegawai penyiasat polis, dia gagal melakukannya. Lalu, salah seorang ahli tersebut menghubungi Ustaz Muiz, Presiden PMRAM, dan dia ditahan di rumah tersebut sehinggalah ditangkap oleh polis setelah dihubungi oleh Presiden PMRAM sendiri.

Ibu bapa remaja tersebut dikatakan akan memohon maaf secara terbuka di hadapan ahli Selangor disebabkan kejadian yang berlaku. Cerita yang sebenar, atau yang lebih shahih sila rujuk ahli Selangor sendiri. Mungkin cerita ini terdapat kesilapan. WaLlahua'lam

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal